Anak Lelaki Adalah Raja | Assalamualaikum. Saya Cik Bunga, si bujang terlajak yang tinggal berdekatan dengan keluarga. Kami lima beradik. Dua adik perempuan dan seorang adik lelaki dah berkahwin. Hanya tinggal saya dan adik bongsu lelaki yang masih membujang.

Saya tinggal berasingan dengan keluarga walaupun jarak ke rumah mak
hanyalah 1 jam. Saya tak suka kelam kabut pergi kerja. Jadi saya menyewa
berdekatan tempat kerja. Cuma tiap2 minggu saya memang confirm akan
balik rumah mak abah.

Mak abah kerja kampung je. Adik bongsu pulak mak abah tak bagi pergi
jauh-jauh. Alhamdullillah dialah driver mak abah nak kemana-mana. Abah
tak pandai drive tapi saya memang belikan kereta untuk mudahkan dia
kemana-mana dengan adik sebagai driver.

Untuk tugas dan kerja lain, biasanya mak akan selalu menangkan adik.
Biasanya sabtu ahad saya balik ke kampung, kerja saya adalah mengemas
rumah, mengemop lantai, cuci bilik air, cuci dapur, cuci toilet, memasak
and sebagainya. Saya memang suka rumah bersih, kemas.

Mak and abah tak ambil berat sangat pasal kebersihan, asal boleh sahaja.
Fahamlah mak abah pon tak larat tapi mak tak pernah suruh adik tolong
buat apa2 kalau saya tak ada. Adik biasa tolong abah sampai tengah hari
je, petang dah rehat.

Saya di rumah seharian buat kerja rumah. Kadang kudrat saya tidak mampu
nak uruskan semua kerja, sekali sekala saya mintak tolong adik basuhkan
pinggan, mop lantai, cuci bilik air tapi mak marah Saya balik sebab
suruh adik buat kerja rumah.

Mak selalu marah kata adik Saya tu penat, kenapa nak suruh dia. Katanya
jugak lelaki dah penat cari duit, kerja berat dan sebagainya. Dia penat
kat kebun tu. Padahal balik tengah hari tido petang tu segar bugar je.

Kita ni yang dah macam zombi dari pagi buat kerja, memasak bagai.
Jaranglah berjaya nak suruh adik buat kerja rumah. Adik pon seronoklah
mak asyik backup dia.

Kalau cakap dia akan cakap, mak tak bagi buat. Sedih saya. Abah pulak
diam je, tak kata apa sebab mungkin bahagia begitu. Selama ni mak
sanggup berpenat sorang-sorang dan anak perempuan tanpa bantuan abah.

Mak selalu nasihat adik-adik suruh hormat suami. Adik perpuan selalu
kena marah kalau suruh-suruh suami buat kerja. Lemaklah si suami tu
perempuan yang kena buat. Saya pon tak faham, adakah itu ajaran dalam
Islam sebenarnya.

Mak selalu bagi contoh nenek dulu-dulu, dia muda-muda dulu boleh buat
walaupun anak ramai. Bolehla mak tak bekerja. Adik perempuan saya semua
bekerja, bukan suri rumah sepenuh masa. Masing-masing penat bekerja.

Kami tiga beradik perempuan. Memang dididik buat kerja rumah sedari
kecil. Basuh pinggan, baju, cuci rumah dan segalanya kami adik beradik
perempuan yang buat. Yang lelaki boleh je relex-relex tengok tv sambil
makan kàcang.

Rutin kami adik beradik perempuan bangun pagi kena basuh pinggan, kain,
kemas rumah dan sebagainya. Mak kadang-kadang pergi tolong abah di
kebun. Jadi kamilah yang buat semua kerja rumah. No wonder adik-adik
saya semua mertua sayang sebab rajin.

Bila semua sambung belajar dah kawin rumah jadi tak terus sangat sebab
dah biasa anak perempuan buat. Mujurlah saya si bujang telajak ni ada
untuk buatkan semua kerja-kerja yang adik perempuan buat.

Kisah adik perempuan saya pula kawin dengan jejaka pilihan hati, seorang
cikgu. Adik saya ni rajin macam kakak dia jugak (perasan). Tapi dapat
suami yang dimenangkan mak mertua sama macam mak.

Jadi suaminya tak banyak membantu kerja rumah walau sama-sama bekerja.
Semua adik yang uruskan. Sampai saya pon naik angin tengok. Kadang mulut
ni jahat jugak. Saya dengan selamba akan suruh adik ipar buat.

Mak jegil mata je. Saya buat tak tahu je. Bayangkan adik perempuan saya
dah kemas baju dalam beg, siapkan anak-anak, suami dok leka main
handphone. Sikit pon takde rasa nak tolong.

Okay lagi. Ini adik saya jugaklah yang angkat semua barang-barang masuk
bonet kereta. Memang hangin la saya. Bila saya cakap kat adik minta
tolong suami dia diam je.

Buat sendiri semua. Kadang tu, suami dia tunggu dalam kereta je sambil
isteri dok susun barang dalam bonet. Tu belum lagi bab pempers. Pempers
anak dalam bilik diaorang tu kalau adik perempuan saya lupa keluarkan
and saya pon tak tengok.

Alamatnya berminggulah masam dalam bilik air dalam bilik tu. Bau bilik
pon macam bau tandas. Takde pon inisiatif nak keluarkan pempers tu dari
bilik letak kat tong sampah luar rumah.

Seorang lagi adik ipar lelaki seorang engineer dan dibesarkan dalam
keluarga yang menangkan anak perempuan. Ni dari cerita adik sebab dia
kata dia stress sangat kadang-kadang.

Dalam keluarga mertua dia, lelaki yang banyak buat kerja. Anak lelaki
bangun awal, anak perpuan pulak tidur kadang sampai ke tengah hari. Ayah
mertua pula jenis rajin. Makanya mak mertua memang rasa kudrat lelaki
lebih untuk tolong dia hatta kerja di dapur.

Untunglah adik saya dapat suami rajin. Cuma kesian dia stress kalau raya
kena beraya rumah suami dulu sebab mak mertua dia memang minta dia suami
isteri tolong dia mengemas dan masak juadah Raya.

Walaupun ada adik-adik perempuan, tapi semuanya jenis bangun lambat and
siap diri masing-masing. Hikmahnya mak mertua dia baru nampak and
suarakan jugaklah yang die menyesal didik anak perempuan macam tu.

Tapi kata mak mertua dia, susah nak ubah bila semua dah besar panjang
and dah berkahwin. Mujurlah dapat adik yang jenis rajin, adalah jugak
peneman perempuan didapur mak mertua dia.

Mungkin Ada yang rasa simple je benda ni tapi saya kadang stress sangat
hadap semua ni. Kadang saya mengamuk, kadang memang suka bebel.

Sampai satu tahap sekarang mak dah boleh terima sikit kalau saya suruh
adik buat kerja. Walaupun masih ada jawapan mak adik penatlah apa.
Kadang Saya yang bebel balik kat mak. Selalu saya bagi contoh adik ipar
dua orang tu.

Sebab mak pon kadang merungut jugak bila tengok seorang adik perempuan
saya tu macam hamba je. Sikit sebanyak ubah persepsi mak terhadap lelaki.

Rasa banyak berdosa juga dengan mereka kerana selalu bebel bab ni tapi
sekurangnya adik bongsu lelaki saya yang bakal berkahwin nanti dapat
menjaga dan membantu isterinya pula. Oh ya, adik lelaki Saya yang dah
berkahwin ni lain pula ceritanya.

Mereka suami isteri sama-sama bekerja tapi ditakdirkan dia dapat isteri
yang garang dan tegas. Yang Ni Alhamdullillah, adik lelaki saya banyak
membantu isteri dia walaupun dia dulu tak pandai buat apa pon.

Sekarang mak pon dah terima kenyataan anak lelaki dia yang seorang ni
boleh memasak and tak pandang serong dah kat menantu perpuan dia.

Dulu mak selalu mengadu kat saya dia tak berapa gemar dengan menantu
perempuan dia yang banyak bergantung kat suami. Sayalah tukang backup
adik ipar saya tu.

Alhamdullillah sekarang mak dah boleh terima. Kadang-kadang mak yang
request adik lelaki saya masak goreng-goreng. Sedap katanya, lain dari
orang perempuan masak walaupun adik lelaki saya tu masak campak-campak aje.

Maaflah kalau rasa saya si bujang yang tak layak bercakap soal rumah
tangga orang. Hanya memberikan contoh di depan mata.

Mungkin ada yang rasa saya perlu mengalami dulu baru tahu untuk sentuh
Hal rumah tangga tapi seriously, benda macam ni buat saya tawar hati
untuk berumah tangga. Saya lebih selesa begini.

Doakan saya kuat untuk terus jaga mak abah saya walau apa dugaan sekali pon.

– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply