Polis Tahan Pemilik Dan Sita Kereta Kancil Tak Berbumbung | Sebelum ini viral di Tik Tok mengenai seorang lelaki yang memandu sebuah kereta kancil yang dilihat tiada bumbung serta tayar pecah yang mana mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakkan bersimpati dengan lelaki tersebut namun ada  juga yang risau melihat kenderaan terbabit di jalan raya kerana bimbang berlakunya kemalangan.

Polis Tahan Pemilik Dan Sita Kereta Kancil Tak Berbumbung

Kuala Lumpur: Polis telah menyita dua buah kereta Perodua Kancil termasuk sebuah kereta kancil kuning tanpa bumbung yang viral di media sosial pada awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kereta berkenaan ditemui di Bandar Metropolitan, Kepong, di sini.

Menurutnya, tindakan itu diambil setelah melihat video yang tular di aplikasi Tik Tok mengenai sebuah kereta Perodua Kancil berwarna kuning yang tidak mempunyai bumbung.

Katanya, mereka melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 47 tahun dipercayai gelandangan di lokasi berkenaan kira-kira jam 1 pagi.

Tambahnya, pemandu yang berasal dari Raub, Pahang itu juga didapati tidak mempunyai lesen memandu selain kereta kuning terbabit tidak mempunyai cukai jalan, tidak berbumbung dan tayar hadapan di sebelah kanan pecah.

Pemandu terbabit  juga menunjukkan sebuah lagi kereta kancil berwarna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin pecah di bahagian pintu belakang sebelah kiri.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan , mereka mendapati kedua-dua kereta tidak layak berada di atas jalan rayadan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain disebabkan ia tidak lengkap, buruk dan sudah berusia.

Katanya, saman dikeluarkan terhadap pemandu itu atas kesalahan tiada lesen memandu, manakala sitaan kedua-dua kereta dibuat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamkan, pemandu terbabit merupakan seorang gelandangan yang tidur di dalam kereta dan pernah dua kali dikenakan tindakan (saman serta sita kenderaan) atas kesalahan yang sama.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply