Program Vaksinasi Kepada Remaja 12 Tahun Keatas Telah Bermula Di Kanada | Program vaksinasi bagi mencegah Covid-19 di negara Kanada dilihat berada di landasan yang tepat selepas mereka kini dilaporkan hampir separuh wilayah di negara terbabit telah memulakan program vaksinasi bagi remaja berusia 12 tahun ke atas.
Orang awam di negara Kanada kini dilihat teruja dengan perkembangan terbabit selepas ia menandakan lebih ramai anak-anak mereka dapat keluar dan kembali ke sekolah.
Berikutan di wilayah Toronto, Kanada, orang awam dilihat telah mula membanjiri di tempat vaksinasi bagi menyertai program berkenaan pada Isnin yang lalu berikutan suntikan bagi vaksin Covid-19 dikatakan turt diedarkan melalui klinik bergerak di wilayah Montreal, baru-baru ini
Dilaporkan sebanyak kira-kira 4.4 peratus warga Kanada ketika ini sudah pun menerima vaksinasi penuh manakala separuh daripada penduduk sudah menerima sekurang-kurangnya vaksin dos pertama selepas laporan turut menunjukkan bahawa wilayah-wilayah di Kanada telah menunjukkan mereka mengalami penurunan kes jangkitan COVID-19.
Sementara itu, angka kematian melibatkan Covid-19 dilihat telah mencecah 3.46 juta kes di sleuruh dunia selepas lebih puluhan ribu kematian baharu direkodkan secara global dalam tempoh 24 jam lepas.
Sumber: Astro Awani