Rakyat Myanmar Gantung Kain Buat Tentera Takut. Ini Sebabnya

| March 6, 2021 | 0 Comments

Rakyat Myanmar Gantung Kain Buat Tentera Takut. Ini Sebabnya | Susulan pergolakan di Myanmar, bagi berhadapan dengan kudeta tentera, penunjuk perasan bertindak menggantung kain sarung wanita dijalanan, hingga pihak keselamatan tidak berani dekat, ini sebabnya.. Baca selanjutnya…

KEPERCAYAAN BOLEH HALANG PASUKAN KESELAMATAN

Yangon – Kain sarung pada ampaian bukanlah sesuatu yang berbahaya tetapi kepercayaan masyarakat Myanmar tentang pakaian wanita berjaya menyekat kemaraan pasukan ke­selamatan dalam operasi mereka untuk mematahkan penentangan terhadap junta tentera.

Myanmar bergolak sejak junta tentera menumbangkan kerajaan awam pada 1 Februari lalu, manakala penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan semakin berleluasa.

Askar menggunakan gas pemedih mata, grenad renjatan, peluru getah dan kadang kala pe­luru hidup terhadap kumpulan penunjuk perasaan yang bertindak balas menggunakan taktik mereka sendiri.

Terbaharu, kumpulan penunjuk perasaan menggantung pakaian dalam wanita dan kain sarung dikenali dalam kalangan masyarakat tempatan sebagai longyi di jalan-jalan raya.

Menurut kepercayaan turun-temurun di Myanmar, bahagian bawah badan wanita dan pa­kaian yang digunakan untuk menutupnya dikatakan mempunyai kuasa melemahkan tenaga kelelakian dikenali sebagai hpone.

“Jika lelaki berjalan di bawah longyi wanita, ini bermakna hpone mereka telah musnah,” kata aktivis, Thinzar Shunlei Yi.

Sebilangan askar enggan menyentuh longyi kerana takut mereka akan kecundang di me­dan tempur.

“Apabila kami menggantung longyi, askar dan polis tidak berani meneruskan kemaraan. Mereka enggan melintas di bawahnya, malah, terpaksa menurunkan semua pakaian itu terlebih dahulu,” tambahnya.

Perkembangan itu menyaksikan ampaian penuh dengan longyi dan pakaian dalam wanita di jalan-jalan di Yangon. Gambar yang dikongsi di laman sosial Facebook menunjukkan seorang askar berdiri di atas sebuah trak untuk membuang pakaian itu.

ARTIKEL BERKAITAN : Myanmar Isytihar Darurat Setahun, Ini Saranan Kerajaan Buat Rakyat Malaysia Disana

Sebilangan longyi itu turut tertera wajah ketua junta tentera, Jeneral Min Aung Hlaing dalam taktik untuk mengukuhkan lagi taktik kepercayaan karut itu.

Lebih 50 penduduk awam terbunuh sejak kudeta tentera pada 1 Februari lalu, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Imej yang disiarkan turut menunjukkan anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah orang ramai. Beberapa mangsa meninggal dunia dengan kesan peluru terdapat pada kepala mereka.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *