Resepi Cara Buat Ais Krim Goreng | Assalamualaikum semua. Hari ni kami nak kongsikan resepi yang simple je iaitu resepi ais krim goreng. Al maklum la kan sekarang musim panas, sedap juga kalau boleh makan ais krim goreng yang mengenyangkan ni. Boleh cuba je bila boring-boring. Tak rugi pun tau. Resepi ni dikongsikan oleh khairulaming. Jom lihat bahan-bahannya.
Bahan-bahan:
- 1 skup Ais krim
- 2 keping roti
- Gula aising
Cara-cara Buat :
1. Ambil sekeping roti.
2. Letakkan satu skup ais krim.
3. Tutup dan apitkan dengan sekeping lagi roti.
4. Tekan permukaan cawan di tengah roti hingga rapat.
5. Buang lebihan roti di sekelilingnya.
6. Bekukan di dalam peti ais selama 3 jam.
7. Kemudian, goreng roti tersebut dalam minyak yang panas selama 10 saat sahaja.
8. Akhir sekali, taburkan gula aising di atasnya.
Siap sudah resepi ni. Apa yang korang rasa sekarang. Mudah je kan. Tak ambil banyak masa pun. Bahan-bahan pun senang je korang dapat di dapur rumah tu. Korang kalau ada roti yang dah nak expired tu cepat-cepat la guna. Nanti berkulat pula. Okaylah korang selamat mencuba dan menjamu selera. Kami ada sediakan video untuk korang sebagai rujukan.
Video Cara Buat Resepi Ais Krim Goreng:
View this post on Instagram
“> Kredit: Instagram khairulaming