Resepi Ayam Madu Spicy

| January 29, 2020 | 0 Comments

Resepi Ayam Madu Spicy | Hai assalamualaikum. Anda semua dah masak lauk untuk makan tengah hari ini. Kalau belum cuba lah masak resepi yang nak kami kongsikan ini. Nak makan dengan nasi atau nak ratah begitu saja pun boleh. Resepi ini daripada khairulaming iaitu, Resepi Ayam Madu Spicy. Okay, jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-bahan Ayam Goreng:

  • 6 ketul ayam (6 pieces chicken thigh/wings)
  • Garam (salt)
  • Lada hitam (black pepper)
  • 1/2 cawan tepung beras (1/2 rice flour)

Bahan-bahan Sos:

  • 1/2 cawan air (1/2 cup water)
  • 4 sudu madu (4 tbsp honey)
  • 1 sudu kicap manis (1 tbsp sweet soy sauce)
  • 1/2 sudu chili flakes (1/2 tbsp chili flakes)
  • Garam (salt)
  • 1 sudu air tepung jagung (1 tbsp cornstarch slurry)

Cara-cara Buat Ayam Madu Spicy:

  1. Untuk ayam goreng, gaulkan 6 ketul ayam dengan garam dan lada hitam.
  2. Kemudian, gaulkan dengan ½ cawan tepung beras.
  3. Goreng ayam-ayam tadi dengan minyak penuh.
  4. Goreng hingga ayam tersebut keperang-perangan (garing).
  5. Angkat ayam tersebut setelah siap goreng.
  6. Untuk sos pula, buka api dan masukkan ½ cawan air ke dalam kuali.
  7. Kemudian masukkan 4 sudu madu, 1 sudu kicap manis.
  8. Letakkan ½ sudu besar chili flakes dan sedikit garam.
  9. Kacau sos tersebut dan masukkan 1 sudu air tepung jagung.
  10. Kacau hingga kuah sos menjadi pekat.
  11. Setelah itu masukkan ayam goreng tadi.
  12. Gaul ayam dengan sos tersebut hingga sekata dan tutup api.

Okay siap pun resepi ayam ini. Anda dirumah mesti dah terliur tengok ayam ini kan. Selamat mencuba. Kami sediakan video untuk anda yang tidak tahu nak mula dari mana. Selamat menonton.

Video Cara Buat Resepi Ayam Madu Spicy:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *