Resepi Bomboloni Nutella Gebu | Assalamualaikum. Hai semua peminat-peminat donut yang gebu gebas. Hari ni kami nak kongsikan resepi donut yang agak moden iaitu resepi Bomboloni Nutella. Selalu kalau kita beli di kedai bomboloni ni dah sejuk. Kan best kalau dapat makan bomboloni ni masa panas-panas. Baru rasa kelainannya. Korang cubalah buat resepi yang sedap ni daripada khairulaming. Jom kita lihat bahan-bahan membuatnya.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu yeast
  • 5 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 2 sudu mentega dicairkan
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Nutella
  • Gula aising

Cara-cara Buat:

  1. Masukkan 1 cawan susu segar yang suam ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan satu sudu gula dan tambah satu sudu yeast.
  3. Biarkan dan tunggu hingga kembang.
  4. Ambil mangkuk lain dan masukkan 5 cawan tepung gandum.
  5. Masukkan ¼ cawan gula.
  6. Tambah 2 biji telur, 2 sudu mentega yang dicairkan.
  7. Tambah 1 sudu kecil esen vanilla.
  8. Masukkan campuran susu tadi ke dalam adunan ini dan gaul.
  9. Kemudian uli adunan ini hingga sebati.
  10. Biarkan adunan yang telah diuli selama sejam atau sejam 15 minit.
  11. Uli adunan dan ratakan.
  12. Tekan atau tekap adunan dengan cawan untuk membentuk bulatan.
  13. Biarkan adunan yang telah ditekap selama 10 minit.
  14. Goreng sekejap adunan hingga garing dengan minyak penuh.
  15. Buatkan lubang di tepi guna straw.
  16. Picitkan Nutella dalam lubang Bomboloni guna piping bag.
  17. Akhir sekali, taburkan gula aising ke atas bomboloni.

Okay dah siap pun resepi Bomboloni Nutella gebu ni. Kalau korang rasa nak makan inti lain lagi bagus. Baru pelbagai rasa Bomboloni ni. Bole ke nak letak krim cheese? Hurmm semua benda nak letak cheese. Ikutla selera masing-masing. Okaylah selamat mencuba dan menjamu selera buat korang. Macam biasa kami ada sediakan video untuk korang tonton. Okay bye.

Video Cara Buat Bomboloni Nutella Gebu:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

“> Kredit: Instagram khairulaming 

 

 

Share.

Leave A Reply