Resepi Cara Buat Ayam Tandoori| Assalamualaikum. Hari ini nak kongsikan resepi cara buat Ayam Tandoori. Anda yang suka makan dekat kedai mamak mesti pernah cuba kan Ayam Tandoori ni? Ayam Tandori ni sedap kalau dapat makan bersama dengan roti nan. Kalau dekat kedai mamak dorang akan bakar menggunakan bekas khas mereka sendiri bentuk macam tempayan tu, tapi kita nak buat boleh bakar menggunakan oven sahaja. Resepi cara buat Ayam Tandoori yang sedap ni anda boleh tengok cara masakan daripada khiarulaming ni. Jom cuba!
Bahan-Bahan Buat Ayam Tandoori:
Bahan-Bahan A Untuk Perap Ayam (15 minit) :
- Ayam ½ ekor
- 1 sudu serbuk cili
- Garam secukupnya
- 1 sudu halia
- ½ biji lemon
Bahan-bahan B Untuk Perap Ayam ( 1 malam) :
- Yogurt (1 cawan)
- 1 sudu serbuk cili
- Bawang putih (dicincang)
- Halia (dicincang)
- ½ sudu ketumbar
- 1 sudu jintan putih
- ¾ garam masala
- ¾ serbuk lada hitam
- 4 titik pewarna merah
Cara-cara Perap Ayam Tandoori:
- Basuh bersih-bersih ayam
- Masukkan ayam dalam bekas
- Masukkan 1 sudu serbuk cili
- Garam secukup rasa
- Tambahkan 1 sudu halia yang telah dicincang
- Dan perahkan ½ biji lemon
- Gaulkan bahan-bahan tersebuk bagi rata.
- Kemudian perap selama 15 minit.
- Setelah, ayam selesai diperap selama 15 minit lumurkan bahan-bahan B pula.
- Tambahkan 1 cawan yogurt
- Kemudian, tambahkan lagi 1 sudu serbuk cili
- Masukkan bawang putih dan halia yang telah dicincang
- Setelah itu, masukkan ½ sudu ketumbar, 1 sudu jintan putih, ¾ garam masalah dan ¾ serbuk lada hitam.
- Akhir sekali, tambahkan 4 titik pewarna merah.
- Gaulkan kesemua bahan-bahan dengan rata.
- Kemudian, perap ayam yang telah dicampur dengan bahan-bahan A dan B selama 1 malam.
- Simpan dalam peti ais ya guys!
Cara-cara Bakar Ayam Tandoori:
- Susunkan ayam yang telah di perap selama 1 malam dalam tray oven
- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 1 jam.
- Da siap… bawak keluar dan hidang bersama roti nan
Tadaaa.. nampak sangat sedap kan ? walaupun resepi ni nampak sedap tapi nak buat tu agaklah mencabar ya guys! Hi hi hi. Tapi tak ada masalah pun kepada yang rajin nak cuba buat sendiri dekat rumah, boleh jer ikut resepi ni. Kalau buat sendiri lagi puas hati. In shaa allah. Kepada yang nak cuba buat resepi ni anda boleh tengok video masakan daripada khairulaming di bawah ni ya. Selamat mencuba.
Video Cara Buat Ayam Tandoori:
View this post on Instagram
Kredit : Instagram khairulaming