Resepi Cara Buat Egg Benedict

| February 8, 2020 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Egg Benedict| Hai. Hari ni nak kongsikan resepi cara buat Egg Benedict. Setiap pagi untuk buat sarapan kita seboleh-bolehnya nak cari hidangan yang ringkas tapi mengenyangkan untuk bekal anak-anak ke sekolah. Kepada ibu-ibu yang mencari resepi hidangan pagi untuk anak-anak atau suami, resepi cara buat Egg Benedict adalah pilihannya. Resepi ni sangat mudah nak buat. Hidangan pagi yang sihat dan membekalkan tenaga kepada mereka. Resepi cara buat egg Benedict,  anda boleh tengok cara masakan daripada khairulaming. Jom buat!

Bahan-bahan Buat Egg Benedict

Bahan-Bahan Sos Hollandaise:

  • 3 biji kuning telur
  • 1 sudu jus lemon
  • 100g mentega (cairkan)

Bahan-bahan Menumis Sayur:

  • Minyak Zaitun
  • Cendawan
  • Bayam
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • 1-3 biji telur

Bahan-bahan Buat Telur Rebus:

  • Air
  • Garam
  • Cuka
  • Roti

Cara-Cara Memasak Egg Benedict:

  1. Blendkan 3 biji kuning telur bersama dengan 1 sudu jus lemon dan 100g mentega yang telah dicairkan. Pastikan mentega yang dicairkan dalam keadaan panas lagi. Masukkan sedikit demi sedikit mentega tadi untuk dapat tekstur yang smooth. Siap, letak tepi.
  2. Kemudian, panaskan sedikit minyak zaitun dalam pan. Goreng cendawan, bayam sehingga layu.
  3. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau bagi rata. Da siap, angkat dan letak tepi.
  4. Untuk buat telur rebus, masukkan sedikit air.
  5. Kemudian, masukkan garam dan sedikit cuka. Biarkan air mendidih seketika.
  6. Setelah tu, tutup api.
  7. Masukkan sebiji telur dan tunggu 3 minit. Da siap, angkat bawa keluar. Angkat perlahan-lahan supaya telur tak pecah nanti.
  8. Nak sedap lagi, sapukan sedikit mentega atas roti dan goreng sekejap roti dalam pan.
  9. Da siap kesemua bahan-bahan tadi, lapiskan sayur yang telah dimasak, telur yang siap di rebus dan sos hollandais yang siap masak di atas sekeping roti.
  10. Siap sedia untuk dinikmati.

Tadaaaa … da siap… senang tak nak buat resepi ni? Nampak macam senang je kan. Bukan nampak senang jer tapi nampak sedap juga. Anak-anak mesti suka bila kita buatkan sedikit kelainan untuk sarapan pagi mereka. Kepada anda yang tak tahu cara-cara nak buat, anda boleh tengok video masakan daripada khairulaming di bawah. Selamat mencuba ibu-ibu di luar sana. Perut kenyang hati pon gembira. Hi hi hi.

Video Masakan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *