Resepi Chicken With Black Pepper Mushroom | Hai assalamulaikum, korang dah bosan ke dengan masakan yang beshe-beshe? Ingin cuba seuatu yang luar beshe tak? Kali ini kami ingin kongsikan kepada korang masakan ala-ala barat iaitu Resepi Chicken With Black Pepper Mushroom. Korang mesti rajin kan masak cuti-cuti begini. Kalau tak rajin berlapar lah korang sepanjang hari kan. Hihi. Resepi Ini dikongsikan oleh khairulaming dan katanya resepi ni kurang menyihatkan. Jadi dah tahu tu jangan amalkan selalu okay! Okay jom kita lihat bahan-bahan buat resepi ni.
Bahan-bahan:
- 1 ketul dada ayam
- Garam
- Lada hitam
- Cendawan butang
- 2 ulas bawang putih (cincang halus)
- 1 sudu besar mentega
- 1/2 cawan air
- 1 sudu besar sos lada hitam
Cara-Cara Masak Chicken With Black Pepper Mushroom:
- Gaulkan satu ketul dada ayam dengan garam dan lada hitam.
- Goreng ayam tersebut dengan sedikit minyak hingga garing dan kelihatan rangup.
- Guna sedikit minyak gorengan ayam tadi untuk masak cendawan butang yang telah dipotong.
- Letakkan sedikit garam dan gaul hingga cendawan layu dan keperang-perangan.
- Masukkan 2 ulas bawang putih yang telah dicincang halus.
- Kemudian masukkan 1 sudu besar mentega dan 1/2 cawan air.
- Tambah 1 sudu besar sos lada hitam.
- Gaul hingga kuah menjadi pekat dan tutup api.
- Hidangkan dengan letakkan kuah ke atas ayam.
Okay siap pun resepi kita hari ini. Resepi yang sedap dan mudah untuk dibuat. Korang bolehlah cuba buat di rumah. Mana tahu kan kalau-kalau nanti korang dapat mak mertua yang mempunyai cita rasa makan makanan barat. Dapatlah resepi ini bantu korang nanti. Untuk mudahkan lagi korang, kami ada sediakan video cara masak Chicken With Black Pepper Mushroom di bawah untuk rujukan korang nanti. Selamat mencuba dan selamat menonton.
Video Cara Masak Resepi Chicken With Black Pepper Mushroom:
View this post on Instagram
Kredit: Instagram khairulaming