Resepi Choc Chip Ice Cream

| February 11, 2020 | 0 Comments

Resepi Choc Chip Ice Cream | Hai assalamualaikum, pada kali ini kami nak kongsikan kepada anda cara buat Resepi Choc Chip Ice Cream. Korang yang gemar makan pishang tu, patut cuba resepi ni. Dah la mudah nak buat dah tu mudah pula nak cari bahan buat resepi ni. Tambah-tambah lagi apabila favourite fruit kita ada terkandung dalam ais krim ni. Umm. Yummy. Jadi korang patut cuba buat ais krim daripada resepi khairulaming ni. Jom! Mari kita lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-bahan:

  • 4 biji pisang
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar mentega kacang
  • 2 sudu besar nutella
  • Chocolate chips secukupnya.

Cara-Cara Buat Choc Chip Ice Cream:

  1. Potong 4 biji buah pisang dan letakkan dalam plastik kedap udara.
  2. Bekukan pisang tersebut di dalam peti ais semalaman.
  3. Kemudian masukkan pisang beku ke dalam pengisar.
  4. Masukkan juga 1/4 cawan susu segar dan 2 sudu besar mentega kacang.
  5. Kisar bahan-bahan tersebut.
  6. Setelah dikisar, letakkan kisaran ais krim ke dalam bekas.
  7. Masukkkan 2 sudu besar nutella dan chocolate chips ke dalam bekas ais krim tadi.
  8. Gaul dan kacau bahan tersebut bersama ais krim tadi.
  9. Setelah itu bekukan ais krim tersebut selama 30 minit.

Resepi Choc Chip Ice Cream

Okay keluarkan ais krim daripada peti ais selepas 30 minit dan sedia untuk dimakan. Korang terliur tak lihat ais krim ni? Kalau ya, silalah cuba membuatnya di rumah. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video resepi di bawah untuk anda dapatkan gambaran yang lebih baik.

Video Cara Buat Resepi Choc Chip Ice Cream:

 

View this post on Instagram

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *