Resepi Ikan Bakar Cicah Air Asam

| February 11, 2020 | 0 Comments

Resepi Ikan Bakar Cicah Air Asam|Assalamuaikum. Hari ni min nak kongsikan resepi Ikan Bakar Cicah Air Asam. Bila buat ikan bakar mesti kena ada air asam. Kalau tak ada air asam mesti tidak akan lengkap masakan kita kan. Sebut jer air asam mesti akan buatkan kita rasa terliur dok membayangkan keenakan rasa air asam ni kan. Jika anda rasa resepi ni telah buatkan anda rasa terliur, apakata kita cuba ikut cara masakan daripada khairulaming ni.

Bahan-bahan Buat Ikan Bakar Cicah Air Asam:

  • 1 inci belacan
  • 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 5 biji cili padi
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1/3 sudu garam
  • ½ sudu gula
  • ¼ limau nipis
  • 3 ekor ikan kembung

Cara-cara Buat Air Asam:

  1. Belacan di bakar dulu. Kemudian hancurkan menggunakan sudu.
  2. Tambahkan 1 biji bawang merah bersama 1 biji tomato yang da siap dipotong dadu
  3. Kemudian, tambahkan 5 biji cili padi dipotong kecik
  4. Setelah itu, masukkan ½ cawan air asam jawa. Kacau bahan-bahan tersebut
  5. Masukkan, sedikit garam dan gula.
  6. Kemudian perahkan limau nipis dan kacau bahan-bahan tersebut bagi rata.
  7. Da siap air asam  letak tepi dulu.

Cara-cara Bakar Ikan:

  1. Basuh bersih ikan cencaru
  2. Letakkan aluminium foil di atas loyang
  3. Kemudian tuangkan sedikit minyak masak atas aluminium foil
  4. Setelah itu, susun ikan kembung di atas loyang dengan betul
  5. Bakar ikan menggunakan oven dengan suhu 180c selama 30 minit.

p/s: ikan anda boleh jer bakar menggunakan dapur masak. Ikut citarasa sendiri.

Tadaaa. Da siap resepi Ikan Bakar Cicah Air Asam. Sangat terliurkan kan bila kita sebut jer nama resepi ni? Resepi ni min pasti mesti ramai yang suka makan. Resepi ni bukan sahaja sedap tapi senang nak buat. Jadi, kepada anda yang berminat nak cuba resepi ni, anda boleh tengok video masakan daripada khairulaming di bawah. Selamat mencuba ya!

Video Cara Buat Ikan Bakar Cicah Air Asam:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *