Resepi Daging Bakar Cicah Sos Thai |ย Raya korban dah lepas tapi korang mesti teringin nak masukkan menu daging dalam menu masakan korangkan. Jomlah cuba resepi yang kami nak kongsikan ni iaitu daging bakar cicah sos Thai. Resepi daripada khairulaming yang pasti akan membuatkan korang terliur. Jom lihat bahan-bahan resepi masakan ni.

Bahan-bahan Buat Resepi Daging Bakar Cicah Sos Thai:

  1. Daging Bakar:

  • 300g daging (300g beef)
  • Garam (salt)
  • 2 ulas bwg putih (2 cloves garlic)
  • Lada sulah (white pepper)
  • 1 sudu gula perang (1 tbsp brown sugar)
  • 2 sudu sos tiram (2 tbsp oyster sauce)
  • 1 sudu kicap manis (1 tbsp sweet soy sauce)
  1. Sos Thai:

  • 8 tangkai cili (8 chillies)
  • 5 ulas bawang putih (5 cloves garlic)
  • 1 sudu sos tiram (1 tbsp oyster sauce)
  • 2 sudu sos ikan (2 tbsp fish sauce)
  • Garam (salt)
  • 3 sudu gula (3 tbsp sugar)
  • Daun ketumbar (coriander leaves)
  • 3 biji limau nipis

Cara-cara Masak Resepi Daging Bakar Cicah Sos Thai

ย Cara Buat Daging Bakar:

  1. Masukkan 300g daging ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Letak garam dan 2 ulas bawang putih yang dicincang halus.
  3. Taburkan lada sulah.
  4. Masukkan 1 sudu gula perang, 2 sudu sos tiram dan sesudu kicap manis.
  5. Gaul kesemuanya.
  6. Perap dan biarkan selama 1 jam.
  7. Setelah diperap, goreng daging tersebut sehingga garing.
  8. Dah siap masak, biarkan sebentar.
  9. Dah sejuk sikit, bolehlah potong daging tersebut.

Cara Buat Sos Thai:

  1. Masukkan 8 tangkai cili ke dalam lesung.
  2. Tumbuk cili tersebut.
  3. Kemudian masukkan 5 ulas bawang putih dan tumbuk lagi.
  4. Selepas itu, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk.
  5. Tambah 1 sudu sos tiram.
  6. Tambah 2 sudu sos ikan dan tambahkan sedikit garam.
  7. Masukkan 3 sudu gula.
  8. Perah 3 biji limau nipis dan tuangkan jusnya.
  9. Tambah daun ketumbar yang telah dihiris.
  10. Gaul semuanya.
  11. Untuk hidangan boleh tuangkan terus sos Thai ke atas daging tersebut
  12. Atau asingkan saja sos thai dan daging tersebut ikut cita rasa korang.

Siap sudah resepi daging bakar cicah sos thai ni. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sertakan link video dibawah untuk rujukan korang.

Video Cara Buat Resepi Daging Bakar Cicah Sos Thai:

 

View this post on Instagram

 

Puasa Day 16 – Daging Bakar cicah Thai Sauce . . Bahan2/Ingredients: ๐Ÿ–Daging Bakar: ๐ŸŒ•300g daging (300g beef) ๐ŸŒ•Garam (salt) ๐ŸŒ•2 ulas bwg putih (2 cloves garlic) ๐ŸŒ•Lada sulah (white pepper) ๐ŸŒ•1 sudu gula perang (1 tbsp brown sugar) ๐ŸŒ•2 sudu sos tiram (2 tbsp oyster sauce) ๐ŸŒ•1 sudu kicap manis (1 tbsp sweet soy sauce) . . ๐ŸŒถ๐ŸŒถThai sauce: ๐ŸŒ•8 tangkai cili (8 chillies) ๐ŸŒ•5 ulas bawang putih (5 cloves garlic) ๐ŸŒ•1 sudu sos tiram (1 tbsp oyster sauce) ๐ŸŒ•2 sudu sos ikan (2 tbsp fish sauce) ๐ŸŒ•Garam (salt) ๐ŸŒ•3 sudu gula (3 tbsp sugar) ๐ŸŒ•Daun ketumbar (coriander leaves) . . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. . #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #puasa #ramadan #iftar #menuberbuka #dagingbakar #thaifood #thaisauce #steak #meat

A post shared by Khairulaming๐ŸŒฟ (@khairulaming) on

“>

Kredit: Instagram khairulaming

Share.

Leave A Reply