Resepi Japanese Cotton Cheese Cake

| June 15, 2020 | 0 Comments

Resepi Japanese Cotton Cheese Cake | Petang- petang macam ni kalau makan kek sambil lepak kena angin belakang rumah best jugak kan. Tapi nak buat kek apa pun tak tau. Ha, jom cuba buat kek japanese cotton cheese. Kek jepun yang bergoyang-goyang tu. Mana la tahu first time buat terus jadi kan? Jom tengok resepi.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Cream cheese 250gram

telur 6 biji

gula putih 70gram

susu segar 100gram

butter 60gram

tepung kek 60gram

tepung jagung 20gram

jus lemon 1 sudu kecil

lemon zest 2 sudu kecil

garam 1 sudu kecil

baking powder 1 sudu kecil

 

Cara membuat:

1. Asingkan putih dan kuning telur.

2. Campurkan susu segar suam, cream cheese dan butter ke dalam pan.

3. Masukkan kuning telur dan kacau rata.

4. Kemudian masukkan tepung kek. Kacau hingga rata

5. pukul putih telur dan gula sehingga kembang

6. Masukkan 1 senduk adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata.

7. Bakar dengan kaedah water bath suhu 130­°C selama 1jam lebih.

Kredit: malay kitchen

Ha, amacam? Sempoi kan? Cara nak buat dia pun senang saja. Tak pening kepala punya. Ibu-ibu yang bosan duduk di rumah tu boleh lah cuba buat bagi anak-anak makan untuk santapan petang ini. Selamat mencuba.

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *