Resepi Jus limau Kasturi Asam Boi

| January 23, 2020 | 0 Comments

Resepi Jus limau Kasturi Asam Boi| Assalamualaikum. Hari ni min teringin sangat nak kongsikan kepada anda minuman yang sesuai untuk sejukkan tekak. Maklumlah sekarang ni cuaca dekat luar sangat panas. Bila panas, tekak kering kita mesti nak cari air yang berais dan berperisa sudah pastinya kan. Jadi, hari ni minuman yang min nak kongsikan daripada khairulaming ialah resepi Jus Limau Kasturi Asam Boi. Wahhh.. sebut jer nama minuman ni terliur dah air liur. Hihihi. Jadi jom kita tengok cara-cara nak buat resepi minuman ni.

Bahan-bahan Buat Jus Limau Kasturi Asam Boi:

  • 6 biji limau kasturi (di buang biji)
  • 2 sudu gula
  • 1 ½ cawan air
  • 4 biji asam boi
  • Ais secukupnya

Cara-cara buat Jus Limau Kasturi Asam Boi:

  1. Blendkan 6 biji limau kasturi yang di buang biji
  2. Tambahkan 2 sudu gula, 1 ½ cawan air. Blend jangan terlalu lama. Sebab kita tak nak kulit limau terlalu hancur nanti terasa pahit.
  3. Kemudian, tapiskan air limau tadi.
  4. Tuangkan ke dalam cawan.
  5. Nak sedap lagi, masukkan 4 biji asam boi dan ais secukupnya.
  6. Yeahhhh!! Sedia untuk di minum. Sedapnya..

Uishhh… memang terliur nampak air ni kan. Resepi Jus Limau Kasturi Asam Boi ni memang sesuai sangat lah minum waktu panas-panas ni. Kepada anda yang terliur nampak minuman ni, min ada sediakan video cara-cara nak buat Jus Limau Kasturi Asam Boi dekat bawah. Anda boleh ikutlah cara-caranya. Ok. Selamat mencuba ya.

Video Cara-cara Buat Jus Limau Kasturi Asam Boi:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *