Resepi Kuey Teow Ladna

| December 17, 2019 | 0 Comments

Resepi Kuey Teow Ladna| Kenikmatan resepi Kuey Teow Ladna yang basah meleleh dengan rasa udang dan ayam memang akan membuatkan anda semua rasa lapar. Resepi Kuey Teow Ladna kali ni sangat mudah untuk di buat dan bahan-bahannya juga mudah untuk didapati. Anda yang nak cuba buat resepi Kuey Teow Ladna, jom kita tengok resepi Kuey Teow Ladna daripada khairulaming.

Bahan-bahan Buat Kuey Teow Ladna:

  • ½ bungkus kuey teow
  • Sedikit kicap manis
  • 2 cawan air
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit carrot
  • Ayam (sesuka hati)
  • Udang (sesuka hati)
  • ½ kiub pati ayam
  • Gula secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sayur sawi
  • Tomato
  • Cili
  • 3 sudu air tepung jagung
  • 1 biji telur

Cara-Cara Memasak Kuey Teow Ladna:

  1. Gaulkan ½ bungkus kuey teow dengan sedikit kicap manis.
  2. Panaskan sedikit minyak masak. Goreng kuey toew sehingga menjadi lembut dan sedikit garing.
  3. Panaskan 2 cawan air sehingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan 2 ulas bawang putih, sedikit carrot, ayam, udang. Kacau sehingga hampir masak. Masukkan pula ½ kiub pati ayam, gula secukup rasa, garam dan diikuti dengan memasukkan sayur sawi, tomato, cili.
  5. Setelah itu, masukkan 3 sudu air tepung jagung. (untuk memekatkan kuah)
  6. Akhir sekali, pecahkan 1 biji telur
  7. Kacau kuah tersebut sehingga menjadi pekat dan tuangkan ke atas kuey teow tadi.

Mudah, senang dan sedap resepi Kuey Teow Ladna. Bila buat sendiri jadi puas hati nak makan sebab kita boleh letak banyak mana pun ayam atau udang kan. Itu yang buat kita puas nak makan. Anda yang nak cuba resepi ni boleh la tengok video cara memasak daripada khairulaming di bawah ni. Selamat mencuba.

Video Memasak:

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *