Resepi Kuih Semperit | Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Walaupun dah seminggu raya berlalu tapi kita semua mesti dalam mood raya lagikan? Raya kan sebulan. Kalau dulu, tiap-tiap tahun beli kuih raya, alasannya tak sempat nak buat. Ha, sempena PKP yang tak habis-habis lagi ni, apakata kita pakat buat kuih Semperit. Ni ada resepi kita bagi. Nanti boleh makan sambil tengok tv.
Bahan2 :
250 gm butter/Majerin
1 ½ cawan tepung jagung
1 ½ cawan tepung kastard
1 ½ cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan gula aising
1 sudu teh esen vanilla
Ceri Merah
Cara-cara:
- Pukul butter/Majerin dengan gula aising sehingga kembang.
- Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
- Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
- Pukul/Gaul sehingga menjadi doh.
- Tekapkan doh menggunakan acuan semperit dan hias dengan ceri merah diatasnya.
- Akhir sekali, bakar pada suhu 180’c selama 15 -20minit.
Tidaklah susah seperti yang kita selalu fikirkan. Kalau rasa bosan nak buat sorang-sorang bolehlah ajak anak-anak yang ada dekat rumah tu tolong temankan.