Resepi Masakan Breakfast Sandwich Ala Western | Sarapan merupakan sajian penting yang perlu diambil oleh setiap orang. Sarapan pagi membantu membekalkan tenaga untuk anda melakukan aktiviti harian. Untuk menjadikan hari anda lebih cergas dan produktif, kami sediakan resepi sarapan pagi breakfast sandwich ala western yang cukup ringkas dan sedap untuk anda semua nikmati. Jom kita tengok video resepi masakan Breakfast Sandwich yang ringkas dan sedap daripada Khairulaming ni.
Bahan- bahan Membuat Breakfast Sandwich:
- 2 bawang holland
- Garam
- Air
- Minyak masak
- 3 biji telur
- 1 sudu mentega
- Daun bawang
- Lada hitam
- Roti burger
- Cheese
Cara-cara Membuat Breakfast Sandwich:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang holland dan juga sedikit garam. Tambahkan sedikit air apabila bawang mula nampak kering. Ulang sebanyak 2 kali. Masak sehingga bawang menjadi layu @ creamy.
- Proses untuk membuat scrambled egg. Masukkan 3 biji telur bersama dengan 1 sudu mentega. Kemudian masukkan sekali daun bawang yang telah dipotong kecil, sedikit lada hitam dan sedikit garam. Kacau telur tersebut.
- Kemudian, sediakan roti burger untuk proses meletakkan bahan-bahan yang telah dimasak tadi.
- Letakkan srambled egg di atas roti burger, tambahkan cheese dan juga bawang holland yang telah digoreng tadi bersama.
- Akhir sekali, siaplah Breakfast Sandwich anda semua.
Ringkas dan sedap Breakfast Sandwich ala western ni kan? Sajian pagi yang membantu membuka selera anda untuk mengambil sarapan setiap hari ni lepas ni. Tak baik ya kalau anda skip sarapan pagi setiap hari. Jadi korang yang mana nak cuba buat Breakfast Sandwich ni, bolehlah tengok video resepi masakan daripada khairulaming. Selamat mencuba semua!
https://www.instagram.com/p/BuFxzXFAl8R/?igshid=1w619z4ksf0v
Kredit : Instagram khairulaming