Resepi Masakan Pad Ka-Prao| Assalamualaikum. Hari ni kami kongsikan resepi masakan Pad Ka-Prao untuk menu tengahari anda. Resepi masakan Pad Ka-Prao ni adalah masakan Thai yang sangat mudah cara penyediaannya tapi sedap. Anda yang rasa pening tak tahu nak masak apa untuk menu tengahari ni bolehlah cuba resepi masakan Pad Ka-Prao daripada khairulaming.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 200g isi ayam dicincang
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu kicap air
- ½ sudu sos ikan
- Sos perasa maggi
- 1 sudu gula
- Air
- 1 sudu kicap manis
- Cili padi
- Daun selasih
- Setengah biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
Cara-cara memasak Pad Ka-Prao:
- Bermula dengan membasuh ayam terlebih dahulu
- Kemudian, cincang ayam sehingga kecil
- Campurkan 1 sudu sos tiram bersama 1 sudu kicap air, ½ sudu sos ikan, sedikit sos perasa maggi
- Diikuti dengan memasukkan 1 sudu gula, air, dan 1 sudu kicap manis. Kacau bahan-bahan tadi sehingga rata. Selesai, letak tepi.
- Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan ayam tadi ke dalam kuali. Goreng ayam sehingga bertukar warna kekuningan.
- Tuangkan campuran sos tadi. Kacau rata sampai ayam masak.
- Campakkan cili padi dan daun selasih. Kacau lagi sehingga masak.
- Siap! Hidangkan di atas pinggan bersama dengan telur mata dan nasi putih. Kemudian sedia untuk dibawa masuk ke dalam mulut. Hihihi.
Dah pun siap resepi masakan Pad Ka-Prao anda. Dah bersedia untuk dibedal menu ni. Tapi anda yang tak kesampaian nak masak sebagai hidangan tengahari, boleh jer balik kerja ni buat sebagai hidangan malam anda. Hihihi. Mudah sahaja. Kalau sedap dan mudah dipersilakan untuk menyaksikan video masakan khairulaming yang telah kami sediakan. Selamat mencuba
Video Memasak:
View this post on Instagram
Kredit : Instagram khairulaming