Resepi Oreo Ice Cream Milk | Pernah tak korang menghadapi dilema dimana anak-anak tidak suka minum susu tetapi korang risau nutrisi dan tumbesaran mereka tidak mencukupi. Di sini kami nak kongsi satu resepi yang dapat menyelesaikan kerisauan korang iaitu Oreo Ice Cream Milk. Mudah je nak buat. Insya-Allah anak-anak pasti suka.
Bahan-Bahan:
1. 6 paket biskut oreo
2. Sekotak susu segar (nak letak berbagai perisa pun boleh)
Cara Buat Resepi Oreo Ice Cream Milk:
1. Ambil sepaket biskut oreo dan hancurkan secara kasar dengan lesung batu.
2. Gunting paket biskut tersebut.
3. Masukkan susu segar ke dalam paket biskut oreo tersebut.
4. Ulang langkah di atas kepada 5 paket biskut oreo yang lain.
5. Susun 6 paket biskut oreo berisi susu ke dalam satu bekas.
6. Masukkan ke dalam peti ais semalaman. Siap sudah aiskrim ni. 😋
Mudahkan buat resepi ni. Korang bolehlah cuba di rumah. Resepi ni bukan sahaja mudah malah berkhasiat lagi. Selamat mencuba. Kami ada sediakan video resepi dibawah untuk rujukan korang nanti.
Video Cara Buat Oreo Ice Cream Milk:
View this post on Instagram
“>
Kredit: Instagram khairulaming