Resepi Pengat Durian Bersama Pulut Kukus Enak| Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Haa sekarang ini musim buah kan lagi lagi buah durian yang digemari rakyat Malaysia ni. Haa tengok je dekat tepi jalan mesti ramai yang menjual durian kan. Kalau jenis peminat durian ni kalau boleh setiap hari nak makan durian. Tapi jangan makan banyak sangat tau sebab buah yang sedap ni agak panas. Selain kita hanya makan begitu sahaja, ha baik kita pelbagaikan resepi masakan durian ini . Betul tak? Jadi tanpa membuang masa saya nak sharekan resepi kepada anda semua iaitu pengat durian bersama pulut kukus. Cukup lazat dan enak jika dimakan bersama. Jadi marilah kita mulakan resepi ini.
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk serawa durian:
10-15 ulas isi durian, bersama biji
1 mangkuk santan cair
2 helai daun pandan, carik dan simpul
1/2 cawan gula pasir
seketul kecil gula melaka
garam secukup rasa
1 mangkuk santan pekat
sedikit air, jika perlu
Bahan-bahan untuk pulut kukus:
500 gram pulut
1 cawan santan cair
1/2 sudu kecil garam
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk serawa durian:
Masukkan ulas durian bersama bijinya, santan cair dan daun pandan di dalam periuk. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.
Masukkan gula pasir, gula melaka dan garam.
Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati kemudian masukkan pula santan pekat.
Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bersama pulut kukus.
Cara-cara untuk pulut kukus:
Rendam pulut selama beberapa jam (anggaran 2-3 jam).
Panaskan kukusan dan kukus pulut selama 15-20 minit. Angkat pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam mangkuk.
Bancuh santan cair bersama garam.
Tuangkan santan cair kedalam pulut yang panas tadi dan tutup dengan kain. Rehatkan seketika supaya pulut menyerap kuah santan.
Tips:
Jika pulut masih keras selepas anda gaul bersama santan cair, masukkan kembali ke dalam kukusan selama 5 minit, kemudian angkat dan sejukkan.
Kredit: Resepi Che Nom