Resepi Popia Carbonara Cheese

| January 21, 2020 | 0 Comments

Resepi Popia Carbonara Cheese|Assalamualaikum. Hari ini min nak kongsikan kepada anda resepi Popia Carbonara Cheese. Dengar sahaja carbonara cheese mesti dah buatkan anda semua terbayang dan terliur kelazatan resepi popia carbonara cheese ni. Kebiasaannya kita familiar dengan popia goreng sambal je kan. Tapi kali ini resepi Popia Carbonara Cheese yang rangup dan sedap ni adalah resepi masakan daripada khairulaming. Jadi jom kita cuba buat resepi ni.

Bahan-bahan Buat Popia Carbonara Cheese:

  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • 150g isi ayam (cincang)
  • 3 sosej (potong kecil)
  • 1 tin sos carbonara
  • Serbuk lada hitam
  • Cheese
  • 1 batang carrot ( hiris)
  • Kulit popia

Cara-cara Masak Inti Popia Carbonara Cheese:

  1. Pertama, panaskan minyak masak dalam kuali
  2. Gorengkan sebiji bawang besar yang telah dicincang sehingga naik bau.
  3. Kemudian, gorengkan pula 150g isi ayam bersama 3 sosej. Goreng sampai masak
  4. Setelah itu, tuangkan 1 tin sos carbonara dan sedikit air. Kacau.
  5. Masukkan pula carrot, sedikit serbuk lada hitam. Kacau sekata sehingga masak
  6. Kemudian, tunggu inti tersebut sejuk dan pekat sikit, barulah bungkus dengan kulit popia.

Cara-cara Bungkus Inti Popia Carbonara Cheese:

  1. Bentangkan sekeping kulit popia di atas permukaan yang rata
  2. Kemudian, letakkan inti carbonara di atas permukaan kulit popia
  3. Setelah itu,letakkan cheese atas inti. Cheese potong dua.
  4. Lipat dengan kemas kulit popia tersebut
  5. Akhir sekali, goreng popia dalam kuali dengan minyak yang panas.
  6. Da siappp! Selamat menjamu selera.

Wahhh… Terliur min tengok kelazatan resepi Popia Carbonara Cheese ni. Hidangan ni sesuai lah dijadikan minum petang bersama ahli keluarga anda. Kepada anda yang tak tahu macam mana nak buat, min da sediakan video masakan daripada khairulaming di bawah ni. Selamat mencuba.

Video Masakan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *