Risiko Berganda Covid-19 Selepas Ada Pesakit Tidak Jujur Di ETD | Sikap acuh tidak acuh sesetengah rakyat Malaysia dalam memerangi Covid-19 boleh mendatangkan bahaya kepada lainnya selepas dilaporkan masih wujud sesetengah rakyat Malaysia yang bersikap ‘tidak jujur’ tentang status kesihatan mereka walaupun sudah lebih setahun negara berjuang memerangi wabak Covid-19.

Risiko Berganda Covid-19 Selepas Ada Pesakit Tidak Jujur Di ETD

Pakar Perubatan Kecemasan dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) Hospital Putrajaya, Dr Khairul Nizam Hassan melalui laporan Awani menyatakan bahawa kesedaran masyarakat tentang bahaya penyakit ini masih belum dapat mengubah tingkah laku dan tindakan dalam menghadapi virus maut itu.

Tambahnya, ketika ada pesakit yang datang ke ETD bagi menerima rawatan, namun masih wujud golongan yang tidak jujur dengan status kesihatan mereka yang terdedah atau menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 ketika hadir untuk menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD).

Hal ini bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada orang sekeliling malah turut mebawa kesan buruk kepada petugas kesihatan di ETD.

Jelas Dr Khairul, jika pesakit tidak mengaku bahawa mereka mempunyai kontak rapat bersama pesakit Covid-19, mereka akan disalurkan ke satu tempat bersama-sama dengan pesakit lain yang tiada kaitan langsung dengan COVID-19.

Jika hal tersebut berlaku akan menyebabkan virus tersebut terdedah kepada orang lain terutama golongan lanjut usia dan mereka yang berisiko hanya disebabkan sikap mendiamkan maklumat yang benar tersebut.

Bagi mengatasi masalah ini, Hospital Putrajaya dilaporkan terpaksa membuat pengasingan pesakit yang mempunyai masalah pernafasan bagi mengelakkan jangkitan silang berikutan  terdapat peningkatan antara 40 hingga 60 peratus kemasukan pesakit jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan kes positif COVID-19 di ETD.

Menurut Dr Khairul, bagi sesetengah kes melibatkan Covid-19 juga perlu dirujuk ke Hospital Sungai Buloh atas keperluan untuk katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) justeru ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di ETD serta risiko jangkitan, operasi di ETD kini dalam percubaan dengan mengubah suai waktu kedatangan pesakit untuk memastikan pesakit tidak kritikal tidak datang serentak dengan pesakit kritikal.

Dr Khairul turut mengakui bahawa mosi para petugas turut terjejas semenjak mengendalikan situasi COVID-19 di hospital namun tugas dan tanggungjawab yang dipikul masih dapat dilaksanakan dengan baik melalui kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) melalui perkhidmatan psikologi dan kaunseling bagi menangani stres.

Usaha tersebut penting bagi memastikan bukan keadaan fizikal yang hanya dijaga malah kesediaan mental juga perlulah berada dalam keadaan terbaik bagi mengendalikan wabak berbahaya ini.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply