Salon Rambut Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM1.1 Juta, Ini Kesalahannya… | Sebuah salun rambut di India telah diperintahkan untuk membayar hampir £ 200,000 (RM 1,146,391) kepada seorang model India selepas memberikan potongan rambut yang salah, lapor Daily Mail, baru-baru ini.
Model tersebut dikatakan telah mengunjungi salun di ibu kota Delhi dan memberikan arahan khusus tentang potongan rambut yang dia mahukannya.
namun, menerusi laporan BBC News, salun tersebut telah bertindak memotong rambut model itu terlalu banyak dserta menurut dokumen mahkamah, ia mengatakan bahawa pekerja di salun tersebut telah meninggalkan ‘hanya 4 inci dari atas menyentuh bahunya.
Menurut laporan media tempatan, salon yang dikunjugi model tersebut adalah salon yang sering dikunjunginya namun ketika sampai di sana, pendandan rambut yang sering melakukan rambut model tersebut tidak bekerja pada hari itu dan pekerja lain yang terpaksa menguruskannya.
Model terbabit telah membawa kes tersebut ke Suruhanjaya Penanganan Pertikaian Pengguna Nasional (NCDRC) yang memberikan ganti rugi sebanyak 20 juta rupee bersamaan dengan £ 197,000 ( RM 1,129,195).
Berdaarkan keputusan perbicaraan, NCDRC mengatakan bahawa potongan rambut yang salah telah menghancurkan impian wanita itu untuk menjadi model terkenal.
Menurutnya lagi , akibat daripada kesalahan tersebut, model itu dikatakan telah mengalami gangguan mental yang teruk disebabkan oleh kecuaian mereka sehinggakan dia tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada kerja dan mengakibatkan dia kehilangan kerjanya.
Setelah membuat aduan ke salun mengenai potongan rambut yang mereka berikan, dia diberikan tawaran perkhidmatan percuma. Namun, kerosakan pada rambut wanita itu tetap masih ada.
Salun terbabit dikatakan boleh membuat rayuan terhadap keputusan Suruhanjaya tersebut namun dan mereka dilaporkan belum membuat sebarang kenyataan media berhubung kes tersebut. Salun rambut itu merupakan sebahagian daripada rangkaian hotel ternama di ibu kota Delhi.
Sumber: Daily Mail