“Saya Wanita Tulen”- Terpaksa Bercukur Bagi Elak Diri Digelar Lelaki | Memilik janggut dan misai seperti seorang lelaki, seorang wanita dikatakan memiliki wajah yang agak aneh sehingga terpaksa meberitahu orang ramai bahawa dia adalah seorang wanita, baru-baru ini.

"Saya Wanita Tulen"- Terpaksa Bercukur Bagi Elak Diri Digelar Lelaki

Che Halimah Che Mood, 62, terpaksa hidup dibelenggu masalah tersebut sejak di usia awal 20-an menyebabkan dia perlu mencukur dua atau tiga kali seminggu agar kelihatan seperti wanita biasa selain sering dilanda penyakit angin ahmar sejak 8 tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, dia sudah pernah menempuh kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali malah sudah berjumpa doktor untuk mengetahui punca masalah selain disahkan mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi.

Jelasnya, sudah berpuluh-puluh tahun dirinya perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang sekeliling namun, kini keadaan menjadi semakin teruk apabila sering diserang angin ahmar sehingga menyebabkan lumpuh separuh badan sebelah kiri.

Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai anak untuk menumpang kasih namun mempunyai seorang adik yang dikenali sebagai Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42, dan isterinya, Nur Asmira Che Hussin, 36, yang sanggup menjaga segala makan dan minumnya serta ibu yang sudah tua, Kalsom Mamat, 93.

Che Halimah dilaporkan turut dibantu oleh adik iparnya, Nur Asmira bagi mencukur dua atau sekali seminggu agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki ketika berada di rumah mereka yang terletak di Kampung Batu Karang, Pasir Mas.

Che Halimah turut dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar bagi menyampaikan sumbangan kewangan, barangan keperluan, serta lampin pakai buang.

Menurutnya, dia mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang mana biasa digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dengan kos RM250 sebulan.

Katanya, ketika masih sihat dan kuat, dia banyak merantau mencari rezeki termasuk beberapa tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak restoran di sana berikutan tidak mahu menyusahkan orang sekeliling, tetapi apakan daya sekarang diuji dengan hanya mampu terbaring saja jika tidak dibantu.

Sebelumnya, dia tidak terbuka untuk memberitahu orang lain mengenai masalahnya kecuali dengan keluarga terdekat kerana ia membuatkan dirinya kurang keyakinan diri.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply