Scammer Dilaman Cari Jodoh | Terima kasih admin jika approve saya punya confessions. Saya kenalkan diri sebagai Lia (Bukan Nama Sebenar), berumur pertengahan 20an, Alhamdulillah rezeki, seorang wanita yang Berkerjaya, tetapi belum berkahwin, boleh dikatakan ada rupa paras yang agak cantik.

Tujuan saya menulis confessions ni untuk memberi pengajaran dan
berhati-hati untuk mencari jodoh dengan orang yang kita baru kenal.

Saya pernah berkawan dan bercinta lama dalam 10 tahun, tetapi tidak jadi
kahwin atas alasan lelaki tersebut tidak bersedia.

Atas kekecewaan tersebut dan mak mengharap kan saya untuk berkahwin saya
ikhtiar masuk laman web cari jodoh (islamic) yang selalu keluar iklan di
media sosial. Kisah ini terjadi pada pertengahan tahun lepas.

Setelah saya memasuki laman web tersebut dan berbayar untuk baca partner
yang bagi msg dekat saya dan saya bole balas. Di laman web tersebut saya
berjumpa bermacam orang.

Dipendekkan cerita saya jumpa beberapa orang untuk berkawan dan kalau
sesuai nak jadikan hubungan lebih serious.

Saya tertarik dengan seseorang yang bole ikut peraturan laman web
tersebut sampai lah si dia saya gelarkan LUT ni dapat number saya. Lut
perkenalkan diri dia sebagai umur dia bawah saya setahun.

Dia kerja sebagai pangkat atas manager bank, duduk dengan family tidak
jauh dari saya, dan ada asset 2 kereta, tanah, dan dah beli rumah
berdekatan dengan tempat kerja saya, bujang, anak lelaki last dalam adik
beradik yang ramai.

Tujuan hendak berkahwin katanya dia dah ada semua kerjaya dan asset cuma
hendak mencari isteri sahaja untuk bahagia.

Mulanya saya macam tidak percaya, muda muda dah jadi manager bank,
tetapi Si Lut selalu bagi gambar dia meeting, Lepas tu dia pernah marah
staff dia dalam call masa jumpa dia, buat2 tersalah call nak call staff
dia, tercall saya, membuatkan saya lebih percaya.

Dijadikan cerita, dan kami pun berjumpa, So first time jumpa dia terus
cerita pasal kahwin dan berapa kos nak kawin.

Bincang punya bincang kos, RM40k+ sebab Lut nak buat kenduri kat tempat
dia sebab dia anak last lelaki, anak harapan keluarga dan anak ketua
kampung. Lut mengatakan telah mempunyai simpanan sedikit untuk dijadikan
hantaran.

Seminggu selepas itu Lut telah menghantar yang abang dia sakit denggi
dihospital swasta siap dengan gambar, dan Lut terpaksa membayar kos
perbelanjaan hospital dahulu guna duit simpanan untuk kahwin.

Selepas itu, dia mula drama kene cari duit semua balik, sebab simpanan
kosong dah.

Saya kononya boleh susah senang sama- sama, pujuk untuk cari duit
sama-sama, dan dia ajak berfikir untuk macam mana nak dapatkan duit
untuk kawin. Tiap tiap hari pada masa tu kalau bole nak jumpa saya,
katanya macam orang bercinta “rindu” .

Setelah berbincang, bermulanya dia ada kawan kilang roti, so kawan Lut
nak tolong untuk business roti, tapi kene bagi modal, so dia nk kami
share modal.

Dia transfer 3k sampai tunjuk bukti resit, bukti gambar kilang, dan Lut
meminta saya transfer dekat kilang roti, dan saya transfer 2k ke kilang
roti. Setelah itu, Lut kata untung kilang roti tak mencapai target yang
digunakan duit untuk cover duit kawin.

So Lut ada bagi cadagan lain minta tolong kawan dia ada company
contraction dan minta untuk uruskan projek contraction. Modal besar,
untung pun besar. Modal perlu cari 80k-100k. Saya kurang setuju
mulanya,tapi dia kata no choice.

Lut mengadu dia tak cukup modal selepas dia buat Loan bank untuk project
tersebut, dan seakan meminta ikhsan saya buat Loan juga, dan dia
berjanji selepas project telah siap dalam masa setahun, dia akan
pulangkan balik untuk bayar balik hutang.

Dijadikan cerita, dia bawa saya ke bank untuk mohon loan, loan saya
approved RM27k dalam masa 5 tahun, dan Lut keep calling tentang
perkembangan dapat duit bagitau dia.

Oh ya, Lut tidak bagi, bagitau sapa2 tentang hal ini. Dan saya transfer
ke akaun Lut dalam 27k+, tak sempat fikir sebab dia kata kawan dia dah
marah sebab dah due pembayaran so perlukan duit cepat. Itu pun tidak
cukup katanya, dia minta saya keluarkan cash dekat kad kredit.

Tiap2 hari Lut cerita dia susah minta simpati saya seakan-akan supaya
saya menolong Lut dari segi kewangan dengan istilah “meminjam”.

Masa awal perkenalan juga Lut mengatakan dia telah putus tunang lagi
sebulan hendak berkawin, ex tunang dia mengandung kan anak lelaki lain.

Kemudian Lut tanya saya masih ada dara ke tidak. Dia mengatakan zaman
sekarang susah nak jumpa perempuan suci yang masih ada dara. Saya
menolak statement dia, sebab kawan2 saya semua jenis yang menjaga.

Lut juga bagitau dia selalu kene goda dengan staff dia dengan melakukan
“ringan2”, dan takut tak tahan nafsu. Lut ajak saya buat ringan2, sebab
dia takut terbuat (terlanjur) dengan staff dia goda Lut, Lut mengatakan
dia nak buat dengan orang yang dia sayang.

Saya menolak sekeras kerasnya, dan tegas kalau nak kawin dulu dan saya
takut dengan dosa. Lut pujuk + ugut + paksa. Dengan Lut pinjam duit saya
banyak. Huh.

Setelah beberapa bulan, Lut jarang jumpa saya atas alasan busy buat 2, 3
kerja nak bayar hutang komitmen yang tinggi disebabkan loan dia untuk
project tersebut.

Sehinggalah ada dah nak 3 bulan tidak berjumpa, saya curiga, saya minta
hendak berjumpa Lut, dan pada hari yang saya jumpa dia mengatakan dia
dah berhenti kerja sebab tak tahan stress jobscope kerja dengan kene
goda dari staff dia.

Dan dia juga bagitau dia bergaduh putus kawan dengan kawan yang buat
project sebab tak dapat bayar penuh duit modal project.

Dan duit balik yang dapat sikit dalam 15k, Lut mengatakan duit tu dia
hendak kembangkan dengan Lut buka business (bagi bukti bagi name card
business), dan akan bayar hutang saya dulu.

Saya ada rasa curiga apabila saya lihat laman sosial dia. Oh ya, Lut
bagitau dia tak suka main laman social, saya ada Instagram dia sahaja.
Saya cari maklumat tentang dia. Macam mana saya cari tu ada caranya.

Setelah Saya dapat maklumat daripada kenalannya yang dia sudah berkawin
mempuyai anak 2 orang, siap pakej gambar family mereka.

Lut sebenarnya bukan juga manager bank, dia hanya agent investment bank
yang telah diberhentikan.

Daripada segi tempat tinggal dimana Lut duduk, tentang adik beradik dia,
dan anak ketua kampung tu semua betul. Cuma ada penipuan status
berkawin, asset, dan kerjaya.

Masa ni luluh hati saya, saya ceritakan pada kawan yang terdekat, dan
ketika ini juga surat loan sampai kat rumah kampung (masa apply loan
saya lupa tukar alamat) so dah kantoi dengan family.

Pada mulanya family saya marah saya, tapi pada yang sama memberi
cadangan bantu untuk saya menyelesaikan. Sedih, sakit, buntu semua ada
hanya Allah sahaja tahu, ada yang bagi kata positif dan negative.

Pada mulanya saya nak report polis, tetapi saya takut tak cukup bukti
dan saya kumpul bukti sampailah kes saya tergantung disebabkan PKP, di
dalam PKP saya cari maklumat + kumpul bukti kukuh2. Saya cari jalan nak
selesaikan masaalah ni dengan terbaik.

Last option, saya bercadang buat surat perjanjian pinjaman peribadi saya
dengan Lut sah daripada law firm.

Bila buat surat perjanjian tu, baru saya perasan saya mempuyai kerugian
dalam RM40k dengan dia pinjam + pinjaman bank. Lut tidak tahu saya dah
tahu yang segalanya siapa dia sebenarnya, sampailah sekarang.

So sepanjang proses tu saya banyak berlakon macam tidak tahu apa-apa.
Kiranya kami still sama macam orang yang bercinta lagi.

Sehinggalah habis PKP, surat perjanjian dah siap, saya minta pujuk Lut
untuk berjumpa kononya rindu.

Masa ni saya usaha dan tawakal, saya dah fikir kalau Lut dapat bayar
duit saya rezeki, Kalau tak de rezeki anggap je la ujian Allah nak
hapuskan dosa saya.

Bila muhasabah balik, nasib saya hilang duit sahaja, bukan hilang
maruah, duit bole dicari, maruah?

Setelah Lut setuju untuk jumpa lepas PKP, lepas habis makan, saya suruh
Lut sign aggrement, Lut betul-betul marah, Lut macam nak lari, saya
cakap tak de masaalah sign kalau betul2 nak bayar.

Setelah bertekar mulut, Alhamdulillah Lut sign surat perjanjian
tersebut. Selepas sign memang gaduh besar saya dengan Lut ketika itu
sehingga Lut balik.

Selepas sign surat perjanjian, sayang rindu cerita sedih dia susah semua
dah tak de daripada Lut. Saya bagi whatsapp pun lambat balas, kadang tak
balas. Dah tak de call, whatsapp semua, cuma kadang2 saya try contact
Lut kalau dah nak due hutang.

Saya doakan baik2 dulu untuk Lut murah rezeki, supaya boleh bayar hutang
saya, kalau dia ada niat nak bayar.

Kalau Lut tidak membayar memang saya tak kan halalkan sebab saya kene
tanggung hutang personal loan tu 5 tahun, saya terianiaya, saya ikut doa
orang yang terianiaya. Tapi saya doakan dia bole bayar, kalau dia tak
bayar, dia boleh dikenakan sue oleh pihak mahkamah.

Akhir sekali, nasihat saya kepada yang kenal seseorang, untuk dijadikan
jodoh, selidiklah dulu terutama yang kenal di laman web, laman sosial,
Walaupun tempat yang baik2 contoh laman web islamic. Just be careful.

Saya bersyukur sebab saya minta Allah bagi petunjuk setiap persoalan dan
untuk menyelesaikan masaalah dan Allah tunjuk jalan satu persatu.

Alhamdulillah Allah bantu, kuncinya YAKIN. Teruskan berdoa dan Jangan
putus asa, saya hampir putus asa tentang jodoh ni, dan saya yakin, Allah
akan bagi pada tepat waktunya. Doakan saya dapat jodoh yang terbaik yee..

– Lia (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply