Petua Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi

| July 27, 2020 | 0 Comments

Petua Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi | Rasa macam baru je masak nasi, tapi dah basi. Macam mana tu? Kan dah membazir kena masak balik. Kalaulah ada cara nak masak bagi tahan lama. Mesti korang nak tahu juga kan. Jom min kongsikan cara bagaimana nak buat supaya nasi tak cepat basi.

1. Basuh Beras Hingga Betul-Betul Bersih

Kebanyakan orang ingat kalau basuh beras berulang-ulang kali akan hilang nutrisi dalam beras tu. Namun begitu, realitinya kalau kurang dibasuh, ia akan lebih cepat rosak selepas dimasak. Jadi, apabila tengah membersihkan beras, bilas dengan air berulang-ulang kali agar semua kekotoran keluar. Bilasan terakhir pula menggunakan air yang ditapis.

2. Perah Limau Nipis

Sebelum mula masak nasi itu, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam pot beras yang dah diisi air. Jangan risau, rasa nasi itu takkan berubah! Sebaliknya bau nasi itu akan lebih harum dan tahan lebih lama sebab keasidan yang terhasil daripada perahan limau itu.

3. Pastikan Periuk Dicuci Bersih

Kadang kala kita tak perasan masih ada sisa kekotoran atau kerak nasi dalam periuk. Semua ini boleh memberi kesan kepada kualiti nasi selepas dimasak. Jadi perlu sentiasa prihatin terhadap kebersihan semasa memasak.

4. Masukkan Secubit Garam

Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam untuk memastikan nasi yang dah masak tahan lebih lama, sedap dan juga kenyal.

5. Hilangkan Wap Nasi Setelah Masak

Sebaik sahaja butang “cook” berubah ke “warm” dekat rice cooker tu, buka penutupnya. Boleh juga kacau nasi itu supaya wapnya terkeluar. Dengan cara ini, nasi tersebut tidak akan menjadi lembab.

 

Itu lah antara cara-cara nak bagi nasi korang tahan lama sikit. Lain orang mungkin lain result selepas try cara-cara ini. Yang penting cuba dulu!

Sumber: My Resipi

 

Tags: , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *