Saya Ketagih | Salam warga netizen. Hari ni saya nak berkongsi pendapat dan permasalahan yang kebanyakan kita semua alami. At one point of our life, pasti kita semua ketagih sesuatu, betul tak? Contohnya, ada orang ketagih merokok, ketagih main game, ketagih shopping tupperware, ketagih ‘ehem-ehem’ dan banyak lagi contoh ketagihan lain.
Tapi sebelum saya cerita apa yang saya ketagih, saya cuba nak selami
punca/ kenapa kita cenderung untuk ketagihan sesuatu dan mungkin cuba
beri some ‘free advice’ untuk atasi masalah ketagihan ini.
Disclaimer: Saya bukan doktor pakar atau professional ye. Saya cuma
seorang makcik yang sudah makan garam kehidupan dan merasa terpanggil
nak tulis artikel ni. Saya berharap awak-awak semua yang ada masalah
yang sama, bacalah dengan hati terbuka ye.
Sejak akhir-akhir ni, ramai yang buat confession ‘panas’ tentang masalah
ketagihan ‘bermain’ dan ada juga yang memberi komen balas mengecam orang
yang ada ketagihan sebegini.
Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak sebab saya sebenarnya memahami
kenapa orang-orang itu ketagih untuk melakukan perbuatan yang tidak
sepatutnya dibuat oleh seorang yang beragama Islam.
Lebih mengejutkan, confession ini datang daripada orang yang bertudung,
yang sekolah agama dan pasti ramai yang ‘cannot brain’ dan
tertanya-tanya mengapa tidak rasa bersalah melakukannya.
Pernahkah awak dengar perkataan ini – GUILTY PLEASURE? Inilah antara
sebab utama mengapa kita suka lakukan benda yang kita ketagih.
Saya bagi perumpamaan ye, seorang makcik yang ada masalah obesiti baru
je nak mula mengamalkan diet makanan low carb sebab dia nak turunkan
brat badan dalam 10 kilo or else kene haruk dengan fitness coach.
Makcik ni dah join program diet yang agak mahal bayarannya, tetiba buang
tebiat pulak teringin nak minum air stabak.
Perasaan teringin nak minum stabak kembali menggamit memori dan emosi
sebab iklan asyik lalu lalang kt socmed. Lagi bertambah parah, tetiba
Stabak buka cawangan sebelah rumah je. Hari2 terpaksa lalu depan kedai.
Argh.
Tambah lagi kecederaan minggu ni pulak minggu yang sangat stressful
dengan kerja berlambak dan asyik kene marah dengan bos. Jauh di sudut
hati makcik gemuk ini, alangkah bestnye dapat minum sekali je pastu kita
taubat nasuha ye.
Ayat-ayat pujuk diri sendiri. Ok jom beli saiz venti satu. Bila dah
dapat air Stabak perasa kegemaran makcik green tea frap with choc chip n
hazelnut syrup plus whipped cream add on caramel sauce.
The first sip rasa Ohlala.. heaven is the place on earth. Sejuk, manis,
lemak berkrim nikmatnya di tekak dan di hati yang gundah gulana ni.
Tapi dalam nak habiskan air tu, hatinya ada rasa bersalah terhadap diri
sendiri sebab dah langgar rules paling penting yang coach bagi (NO. 1
RULE – NO SUGAR!)
Pastu sambil nak habiskan air tu ada gak rasa risau kot ada mata orang
lain yang join program diet tu ternampak makcik melepak kat stabak minum
air potong kaki n mkn sepotong kek cinta kolesterol ni. Toleh sana toleh
sini, ok line clear.
Selamat kali ni. Minggu depan, iklan stabak lalu lalang lagi cakap ada
promotion buy 1 free 1. Aduh, terbeli lagi. Ok, janji ye next week
jangan beli lagi ye makcik mok. U can do it! Caiyok………..
Janji dicapati sebab next week keluar perasa baru lagi meletop pulak.
Aduhai. Kalau macam ni, coach akan tau la makcik langgar diet sebab tu
tak turun berat badan.
Confirm kene marah dengan coach, pastu dah la bayar mahal upah coach.
Ruginya. Hampes. Inilah kisah ketagihanku terhadap benda manis. Ok fine.
At least makcik tak berdosa besar minum benda manis kan cuma mudarat la
untuk kesihatan? Huhuhu.
This is what guilty pleasure feels like. Kita tahu benda itu tak elok
untuk diri kita tapi kita tetap langgar juga.
Eh, korang paham tak apa yang saya cuba sampaikan ni? Ok cuba tukar
guilty pleasure feeling ni kepada senario orang yang ketagih berz*** dan
buat macam dosa-dosa besar lain. THE STRUGGLE IS REAL guys. Bukan
semudah itu nak buang tabiat-tabiat buruk ni.
Ok, sekarang bayangkan pula netizen yang dok kecam orang-orang ni. Kalau
awak adalah sejenis orang yang pernah mengalami masalah yang sama dan
berjaya atasinya, please PM them and give some personal advice and moral
support.
Untuk yang lain2 yang cakap dalam nada macam bagus tu, cakap memang
senang tapi jika awak tidak pernah terjebak dalam kancah ketagihan, awak
tak mungkin tak dapat memahami sepenuhnya apa yang mereka lalui.
Tolong jangan berkasar mengecam bagai. Saya faham niat asalnya hanya
untuk menegur tapi jangan la meletakkan diri ini dalam posisi seolah2
kita lebih bagus.
Dunia ini berputar macam roda. Saya ada kawan-kawan yang kategori nakal
masa muda dulu ramai sudah bertaubat dan jauh lebih alim dari saya
sekarang. Lebih baik doakan yang baik-baik je untuk mereka. Stop judging
other people ye wahai netizen sekalian.
Sekarang, camne nak atasi masalah ketagihan?
First step, kita kene mengaku masalah ketagihan kita.
Maksud saya mengaku dengan perasaan malu ye bukan dengan perasaan
bangga. Saya mengaku yang saya ketagih ………(sila masukkan jawapan anda
sendiri)
Exercise ni hanya sekadar untuk tujuan muhasabah diri dan tak perlu
diwar-warkan kepada orang ramai.
Jika awak selesa nak mengaku, boleh mengaku pada orang yang dipercayai.
Jika tiada orang yang awak percaya, cukuplah antara awak dan Tuhan je
yang tahu. Mengadu pada Allah sebagaimana awak mengadu pada orang yang
awak percaya.
Second step, berdoalah secara spesifik pada Allah untuk berubah.
Kebanyakan kita berdoa secara ringkas atau sambil lewa tidak
bersungguh-sungguh. Berdoalah sehingga menitis air mata dengan penuh
pengharapan.
Third step, please get professional help.
Jumpalah doktor, therapist, kaunselor, ustaz, ustazah, pharmacist
bergantung pada jenis masalah ketagihan itu. Doa seiring dengan ikhtiar.
Walaupun terpaksa menghabiskan duit, masa dan tenaga dan jika tidak
berkesan, jangan cepat berputus asa.
Bak kata pepatah, NO GUTS NO GLORY.
Kalau selepas sesi terapi/ kaunseling/ khidmat nasihat professional pun
masih tak berjaya kurangkan/ hentikan ketagihan, kita cuba method lain,
open up to any alternatif treatment asalkan jangan salah di sisi agama
dan undang-undang sudah.
Fourth step, jika boleh tukarlah persekitaran awak.
Kalau circle of friends awak masih tak berubah dengan habit lama, it is
time to leave them and find new ones.
Kalau perlu tukar tempat kerja atau tempat tinggal, usahakanlah tapi
bergantung pada keadaan masing-masing. Carilah hobi baru yang berfaedah
gerenti akan dapat kawan baru.
Fifth step, jika awak berjaya atasi masalah ketagihan awak, kongsilah
cerita awak dengan orang-orang yang masih berjuang ni.
Di saat-saat mereka merasa putus asa, mungkin awak boleh jadi sumber
inspirasi untuk mereka.
Ok makcik done bebel pasal masalah ketagihan ini. Harap dapat membantu
sedikit sebanyak.
Sejujurnya makcik pon still struggling gak dengan ketagihan benda manis
tapi yang penting kita semua jangan putus asa ye. WE ARE IN THIS
TOGETHER AND WE CAN DO IT. Peace yall. Wassalam.
– Makcik Fish (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions