Selepas Kubur Berdarah Ditimbus Tanah, AJK Masjid Cerita Keadaan Terkini Kubur | Tiada lagi cecair merah seakan darah timbul di sebuah kubur di Tanah Perkuburan Masjid Al Irfan, Derga di sini selepas ditimbus dengan tanah, kelmarin.

 

Setiausaha masjid itu, Yahya Saad berkata, pihaknya juga memasang tali bagi mengelak pusara itu diceroboh pihak luar sehingga siasatan polis selesai.

“Hari ini pun ada kematian dan jenazah dikebumikan di sebelah kanan tanah perkuburan. Ia tidak membabitkan kawasan kubur berkenaan.

“Kami hadkan orang masuk untuk mengurus pengebumian dan untuk waris, tetapi tidak benarkan orang luar menghampiri,” katanya di sini, hari ini.

Sejak tular mengenai kubur yang didakwa mengeluarkan cecair merah seperti darah, pengurusan masjid itu mengambil tindakan segera dengan menimbus tanah bagi menutup mendapan dan cecair terbabit.

Laporan polis turut dibuat untuk siasatan lanjut.

Sumber : HMetro

Share.

Leave A Reply