Selepas Menghadap Sultan Johor. Ini Keputusan Tentang Kerajaan Johor.| Satu gabungan baharu telah diwujudkan bersama beberapa Ahli Dewan Negeri Johor (ADUN) dan berjaya memperolehi bilangan majoriti mudah, kata Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah.
Oleh itu, senagai mengesahkan sokongan majoriti tersebut, Sultan Johor telah berkenan mengadakan satu sesi temubual bersama setiap ADUN bagi mendengar sendiri sokongan yang diberikan.
Sesi temubual tersebut telah berlangsung pada 26 Februari lalu pada pukul 3 petang dan berakhir pada jam jam 5 petang di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan Johor Bahru.
Sumber : Siakapkeli