Lepas Jumpa Agong. Riak Wajah ‘Muram’ Tun M Jadi Tanda Tanya. | Tun Dr Mahathir hari ini dipanggil untuk mengadap YDP Agong, Usai mengadap bila tiba di bangunan Perdana Putra. Riak wajah yang dirakam oleh pemberita menjadi tanda tanya apa yang berlaku. Baca selanjutnya..

Bincang Jawatan Perdana Menteri ke-8

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di bangunan Perdana Putra jam 12.25 tengah hari tadi selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

Riak wajahnya sedikit muram ketika pemberita merakamkan ketibaannya.

Sebelum itu, kenderaan rasmi Dr Mahathir dilihat memasuki Istana Negara melalui Pintu 1 istana pada jam 10.55 pagi.

Media masih cuba mendapatkan pengesahan berhubung tujuan kehadiran Dr Mahathir di Istana Negara namun dipercayai bagi membincangkan mengenai jawatan Perdana Menteri ke-8 selepas beliau meletakkan jawatan Isnin lalu.

Semalam, Dr Mahathir melalui perutusan khas yang disiarkan secara langsung memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Sumber : Sinar Harian

Share.

Leave A Reply