SHAH ALAM – Dua kuliah ceramah pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar di Selangor pada 10 dan 11 Mac depan telah dibatalkan.

Dua lokasi tersebut ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor.

Bagaimanapun, Ustaz Wadi dalam siaran di Facebook tidak mendedahkan sebarang alasan berhubung pembatalan ceramah di kawasan berkenaan.

Menurut perkongsian tersebut, sesi ceramah beliau bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya pula akan kekal berjalan seperti biasa.

“Manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa.

“Segala kesulitan amat dikesali. Semoga ALLAH SWT memberikan pahala kepada semua yang berniat untuk hadir majlis ilmu,” katanya dalam siaran di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, pembatalan ceramah penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong mendapat perhatian apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membatalkan kuliah Maghrib di masjid berkenaan susulan tidak mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad, ketetapan itu tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor.

Pada 26 Februari, meskipun terpalit kontroversi tersebut, namun Kuliah Maghrib Perdana oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan itu dihadiri oleh ribuan jemaah.

Sumber: Sinar Harian

Baca Juga: UAI Ulas Punca Tidak Boleh Ceramah Di Selangor

PETALING JAYA – “Macam-macam dia komen, kata kita langgar negeri orang, masjid tak reti bahasa nak langgar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), nak langgar Sultan. Apa benda ni ingat aku bodoh?”

Itu respon spontan pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus ketika mengulas tentang punca pembatalan ceramahnya di Selangor, baru-baru ini.

Jelasnya, pihaknya sedia maklum tentang larangan penceramah tanpa tauliah berkuliah di negeri itu, lalu mengusulkan supaya surat sokongan disediakan bagi tujuan berkenan.

“Kita tau dah dari zaman Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan 22 bulan memang tak boleh di Selangor sebab dia nak yang bertauliah saja. Kita mengajar di Kuala Lumpur (KL), cuma masjid di Bukit Jelutong minta juga.

“Kami pun kata boleh, cuma sediakan surat sokongan barulah kami boleh pergi dan mohon tauliah sementara untuk malam itu saja. Mereka mohon dan selesai semua benda tapi dibatalkan.

“Kami akur, tukar ke Kampung Pandan tak ada isu pun? Masjid (Bukit Jelutong) rayu, tak boleh rayu. Mereka rayu sekali lagi tak boleh. Jadi kita ambil keputusan pindah ke KL. Kenapa mu koyak? Bukan kita marah pun,” tegasnya.

Dalam masa sama, Azhar tidak menafikan keperluan tauliah kepada penceramah, namun turut berpesan kepada hadirin yang hadir supaya tidak sesekali menyalahgunakan kuasa jika memilikinya kelak.

“Nasihat saya kamu nanti kalau jadi menteri, jadi orang yang ada kuasa, gunakan kuasa untuk luaskan ilmu Allah dan gunakan kuasa kamu untuk sekat maksiat.

“Isu tauliah memang dibenarkan syarak kerana nak kawal daripada penceramah ajaran sesat. Yang ada ajaran sesat hendaklah dihalang. Memang betul dibolehkan tapi jangan gunakan untuk nafsu,” katanya menerusi video di Facebook.

Semalam, Kosmo! melaporkan UAI mengadakan ceramah di Masjid Al- Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini setelah Kuliah Maghrib Perdana yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong sebelumnya, dibatalkan.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply