Selepas Viral Tikus Makan Ayam Goreng, Ini Hukuman Dikenakan | Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) berkuat kuasa serta-merta ke atas premis makanan yang tular dengan kejadian seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan.

Mohd Fauzi Mohd Yatim, Yang Dipertua MPAJ, menegaskan tindakan sitaan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen juga akan dilakukan sekiranya premis berkenaan masih beroperasi setelah NPPL dikeluarkan.

Justeru, pihaknya hanya akan mempertimbangkan permohonan lesen baharu jika semua syarat terutama berkaitan kebersihan dipatuhi sepenuhnya.

Beliau berkata, NPPL yang berkuat kuasa serta-merta akan dikeluarkan ke atas premis makanan tersebut selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, yang telah mengeluarkan Notis Perintah Tutup pada 24 Disember lalu ke atas premis berkenaan.

Beliau juga menyatakan, pemeriksaan kebersihan premis makanan dari segi kawasan penyajian dan penyediaan makanan serta kawalan serangga perosak di premis juga dijalankan secara berkala oleh MPAJ.

Beliau juga berkata dalam kenyataan hari ini bahawa MPAJ mengambil berat isu yang telah berlaku ini dan tindakan akan diambil ke atas mana-mana premis makanan yang mengambil mudah tentang aspek kebersihan.

Berdasarkan rekod pemeriksaan lalu, Mohd Fauzi berkata pihaknya mendapati penarafan kebersihan di premis terbabit adalah pada Gred B bagi Jun 2021 dan terbaru pada Januari lalu.

Bagi memastikan tahap kebersihan di premis makanan sentiasa terjamin, beliau berkata MPAJ sentiasa melakukan pemantauan kawalan kebersihan bagi memastikan syarat dan peraturan ditetapkan pihaknya sentiasa dipatuhi.

Sehingga 30 November lalu, sebanyak 1,057 premis makanan diperiksa dan 259 kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UKK) 9(f) Pengenalan Makanan MPAJ 2007 dan UKK 19(1)(d) Establisymen Makanan MPAJ 2007.

Katanya bahawa justeru, orang ramai juga boleh melaporkan aduan berkenaan kebersihan premis di kawasan MAPJ melalui http://aduan.mpaj.gov.my,”.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel Lain

Tikus Berkeliaran Di Kedai Makan Pavilion KL, Pelanggan Kecewa Dengan Tindakan Pekerja

Tikus Berkeliaran Di Kedai Makan Pavilion KL, Pelanggan Kecewa Dengan Tindakan Pekerja | Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai tikus yang berkeliaran dalam sebuah premis terkemuka di Kuala Lumpur. Namun setelah aduan dibuat, pelanggan kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh pekerja restoran itu.

Umum mengetahui, jika seseorang ingin memilih kedai makan untuk menjamu selera, sudah pastinya faktor kebersihan akan menjadi perkara utama dalam pemilihan sesuatu premis.

Bukan untuk memilih, namun setiap individu mempunyai hak untuk menentukan premis mana yang ingin dituju dan sudah menjadi tanggungjawab setiap peniaga bagi memastikan kebersihan kedai mereka mencapai tahap memuaskan.

Selain itu, perkara tersebut juga penting bagi menjamin keselamatan serta kesihatan para pelanggaan sekaligus mengelakkan sebarang insiden tidak dingini berlaku.

Cuba bayangkan jika kita sedang membeli makanan dan ternampak tikus berkeliaran sudah pasti akan timbul rasa kurang senang untuk meneruskan pembelian.

Namun, perkara tersebut turut berlaku kepada seorang wanita apabila dirinya melihat beberapa ekor tikus yang sedang berkeliaran dalam sebuah premis terkemuka.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, kejadian dipercayai berlaku di sebuah kedai makan Teppanyaki yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia mengakui telah memaklumkan kepada pekerja kedai mengenai perkara tersebut, namun mereka tidak melakukan tindakan sewajarnya.

Hal itu kerana pekerja tersebut dipercayai hanya memandang ke arah tikus itu sambil ketawa sebelum meneruskan pekerjaan. Perkara itu jelas menimbulkan rasa kecewa wanita berkenaan.

Tambahnya, dia juga turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap perkara tersebut oleh kerana banyak kematian dilaporkan berlaku akibat daripada kencing tikus.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kecewa terhadap perkara itu selain berharap tindakan sewajarnya dikenakan kepada premis tersebut.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 2,000 tanda suka serta mendapat 3,667 tweet semula.

Kredit: Twitter Azwin Shafinaz

Sumber: OhMedia

Share.

Leave A Reply