Seorang Ayah Mayat Hidup | Assalamualaikum wbt. Nama aku Yahya (bukan nama sebenar) umur 20 tahun. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti awam di suatu negeri. Online!
Aku nak luahkan kat sini apa yang tersimpan dalam hati. Ini secebis
kisah hidup aku. Cerita ni sedikit panjang eh so kalau tak larat nak
baca, aku bagi disclaimer dulu sesiap, hehe.
Family aku dikategorikan sebagai orang yang sedang-sedang. Ayah seorang
penjawat awam dan mak pulak Full Time Guardian of The House.
Dalam simpanan tak banyak tapi cukup la, makan pakai tempat tidur
selesa. Alhamdulillah. Aku sayang parents aku. Aku sayang kakak-kakak
aku. Aku sayang family aku.
Allah turunkan ujian dekat family aku pada waktu aku umur 9 tahun. Ayah
ada perempuan lain. “Ah biasa la tu, zaman sekarang ni banyak je parents
cerai”. “Eleh buat cerita je dia ni; macam drama pukul 7!”.
Itu terpulang kat korang nak nilai macam mana. Ini kisah dari perspektif
anaknya sendiri. Yang drama Kau patut bersyukur kalau kau tak lalui
ujian ini.
Mulanya malapetaka ni dianggap bahan jenaka je. Semua ingat benda ni
takda apa-apa. Macam mana dapat tau? Aku yang jumpa gambar perempuan tu
atas katil. Atas katil!
Aku tunjuk gambar kat mama sambil muka pelik. Reaction mama cuma senyum
je. Dalam hati siapa tau kan. Waktu benda tu jadi diri aku yang innocent
cuma mampu tengok je mama senyum tanpa tanya keadaan mak masa tu.
Sampai satu masa, tiap malam mama dgn ayah gaduh. Tiap kali ayah balik,
mak dah berdiri tepi pintu. Setiap kali kami adik beradik dengar bunyi
pintu dibuka, semua lari masuk bilik masing-masing. Mata dah penat
tengok WWE live setiap hari. Kejap bunyi pinggan kaca pecah.
Kejap bunyi kasut but berdentum di dinding. Telinga letih dengar
teriakan Mak dan ayah. Dinding pulak lahai.. senipis kulit popia. Belum
baligh pun dah mula rasa stresnya hidup. Life was beautiful dan cukup
seadanya but at this point aku dah macam “apa benda ni?!”.
Sikap Ayah berubah sejak benda ni berlaku. Macam tak boleh kenal dah dia
ni siapa. Family mama aku syak Ayah dibuat orang (magik hitam). Aku pun
syak benda yang sama.
Tidaklah berniat untuk menghina, tapi kalau tengok rupa perempuan tu kau
takkan boleh brain macam mana Ayah terfikir nak buka cawangan baru.
Ayah dah ada family sendiri, kerja sesuai, gaji yang stabil dan sekadar
mencukupi untuk support family. Semua dah cukup. Why bother cari yang baru?
Ya, ini juga kisah pasal seorang b**i menyondol! Memang wujud orang
macamni. Sekali lagi aku cakap, Aku tak hina rupa dia. Aku ni pun takde
la elok mana. Cuma aku benci kewujudan dia ni dalam family aku. Parasite.
Mama dah ikhtiar buat perubatan Islam untuk buang benda yang
berkemungkinan ada kat Ayah. Bermacam-macam mama cuba.
Poligami ni orang nampak yang baik je. Eh sunnah Rasulullah ni kena
ikut. Syaratnya itu mampu eh. Yang baik tu Alhamdulillah lah. Tapi,
realitinya?
Dunia aku bertukar 180 darjah. Ayah dah dah start tak balik rumah.
Mula-mula satu malam hilang dari radar. Pastu 2 malam tak balik rumah.
Lanjut jadi seminggu, pastu sebulan sampai lah; berbulan-bulan tak
jenguk kat rumah, tinggalkan anak bini. Duit nafkah langsung tak beri.
Ayah tak boleh tengok langsung muka Mama. Dia punya benci lain macam.
Setelah berbulan-bulan menahan sabar, mama akhirnya tekad untuk balik
negeri kelahiran mama, rasanya mama nak hentikan rasa sedih duduk dalam
rumah yang sebelum ni rasa macam rumah tu.
Kami adik beradik ikut mama sekali pindah tinggal di sebuah rumah yang
mama dan ayah bina dan plan untuk dijadikan rumah selepas bersara nanti.
Akhirnya, diorang bercerai.
Mak aku tak kahwin lain. Ayah pula, kahwin dengan perempuan tu di luar
sempadan, ketika perempuan tu dalam keadaan mengandung. Sekarang diorang
ada 3 orang anak.
Naik turun Mahkamah tak payah cakap. Hire lawyer je dah berapa pulak
duit habis. Fun kan? Hahaha
Bond antara aku dengan Ayah ibarat benang yang putus. Yes, boleh ikat
simpul bagi sambut tapi takkan sama. Ada nombor telefon tapi tak
tergerak nak hubungi mintak tolong.
Aku lalui hidup remaja aku tanpa ayah disisi. Aku faham, ramai anak yang
lebih teruk rasa kehilangan kerana ayah diorang meninggal dunia. Ada
yang akibat penyakit kronik, ada yang nahas dalam kemalangan maut dan
sebagainya.
Tapi kehilangan aku ni rasa kehilangan di satu sisi yang lain. Nak kata
meninggal, takda kubur nak ziarah. Kalau kata hidup, mananya Ayah?
Aku rasa terhiris bila ada kat tempat awam pastu nampak anak lelaki
dengan Ayah diorang spend time. Gelak- gelak, bual-bual.. anak kecil
pegang tangan ayah. Ada orang ambil dari sekolah. Rindu nak rasa moment tu.
Aku dah tak tau macam mana rasa ada Ayah. Aku tak tau macam mana nak
handle benda lelaki. Aku tak tipu eh. Nak shave jambang pun tengok
youtube. Shave bawah pun sumber youtube. Tengok ilustrasi la bukan
tunjuk betul. Eii kau ni. Terima kasih YouTube. Eh tiber.
Aku cuba untuk jadi happy bila dengan kawan-kawan. Mungkin terlalu
happy, banyak kawan yang anggap aku ni pelik. Aku jadi seorang
extroverted introvert sebab nak lupakan yang aku ni sedih sangat.
Mungkin aku fail dalam berkawan?
Entah. Mana-mana manusia yang kenal aku akan pinggirkan aku. Aku ada
buat salah? Entah. Dah tanya apa masalah tapi diorang tak terluah. Asyik
dengan “eh ok la bro, kau pehal sial”.
Walau aku tau ada something yang tak suka pasal aku. Mana-mana group aku
join, aku dipulaukan. Takda yang nak sahut kalau aku keluar suara. Takda
pula yang nak bercerita sesuatu kat Aku. Ada sorang yang agak rapat pun
jenis lupa member lepas dah ada awek.
So ya, Ayah aku adalah seorang stranger hidup aku yang sekarang. Kawan
pulak takde. Awek lagi la takde. Family pulak macam ni. Hidup rasa
losing yang tak terucap.
Kadang rasa ok. Kadang tetiba mata berair sebelum nak tidur. Nasib ada
kucing sekor. Ada jugak teman. Rasa nak bvnvh diri tu banyak kali datang
tapi aku tau; bvnvh diri ni dosa besar. Allah laknat.
Aku tak salahkan parents aku bercerai sebab diorang dah tak serasi. Cuma
bila diabaikan Ayah, aku rasa hilang separuh tempat aku bergantung.
Hilang kawan, boleh cari kawan lain. Hilang ayah? Jangan nak samakan
dengan ayah tiri. Cukup la Aku hidup dengan mak aku dan adik beradik
dalam peluang ni yang ada ni. End.
– Yahya (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions