Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Seperti Menumpang Di Rumah Sendiri | Assalamualaikum. Tujuan aku menulis confenssion ini adalah kerana ingin meminta pendapat pembaca semua. Sebab aku betul-betul buntu dalam membuat keputusan.

Aku berusia 38 tahun, mempunyai suami dan 2 anak yang masih di tadika.

Sejak hari pertama aku berkahwin dengan suami, mak mertua datang tinggal
bersama kami daripada rumah kecil yang disewa sehingga kami mampu
membeli rumah pertama yang lebih selesa. Ayah mertua sudah lama
meninggal dunia.

Mak mertua masih sihat cuma sudah sangat tua, jadi dia mahu tinggal
dengan kami dan menyewakan rumahnya kepada orang lain. Suami tiada adik
beradik lain dan adalah anak tunggal.

Aku sudah 8 tahun tinggal dengan mak mertua. Tahun pertama segalanya
masih okay tetapi tahun-tahun seterusnya sangatlah memberi tekanan padaku.

Aku tak nak cerita lebih-lebih tentang dia sebab aku sendiri pun ada
sisi buruk aku sendiri. Cuma, mulut dia dan perangai panas baran dia
sahaja yang buat aku tak tahan duduk di dalam rumah itu.

Mulut jahat yang sejenis melahar, menengking tanpa fikir hati orang
lain. Kalau ditegur secara baik pun, dia akan melenting menengking balik
orang yang menegur. Suami sering memujuk aku kalau dimarahi oleh mak mertua.

Aku tak pernah mengadu tapi dia sentiasa tahu sebab mak mertua juga akan
merungut memarahi suamiku jika dia tidak berpuas hati denganku.
Kadang-kadang sampaikan aku rasa seperti menumpang di rumah sendiri.

Aku mula jauhkan diri dan kurang bercakap. Buat dia semakin agresif
dengan perangai marah-marah dia dan semakin bermulut jahat.

Aku sendiri pernah terdengar dia memaki di belakangku membawa cerita
pada saudara-mara. Bukan aku seorang yang pernah menjadi mangsa mulut
jahat dia, saudara lain yang pernah rapat dengan dia juga turut
menjauhkan diri.

Bila dia tidak berpuas hati dengan aku, anak-anakku turut menjadi mangsa
marah dia. Pernah dia mengamuk sambil menterbalikkan kerusi dan meja
kopi. Nasib lah tak pecah atau rosak.

Kadang-kadang bila aku tidak tahan, aku akan melawan sambil menjerit ke
muka dia kembali.

Dan dia tak akan mengaku kalah, memang macam ribut bila kami bergaduh
dan apabila aku mula melawan. Badan aku sampai menggeletar menahan diri
dari melibatkan fizikal.

Aku risau lebih lama aku tinggal rumah itu, aku akan mula hilang kawalan
dan melakukan kekerasan. Seringkali aku terbayang untuk menghentak
kepala dia di dinding, menampar mukanya atau menyepak dia sehingga jatuh.

Cuma sekadar bayangan sebab aku tak pernah memukul sesiapa seumur
hidupku daripada kecil sehingga besar. Dan aku takut aku lupa diri dan
hilang kawalan akibat menahan marah.

Sekarang aku dalam pertimbangan untuk keluar dari rumah itu dan mencari
rumah sewa kecil untuk tinggal bersama-sama anakku. Aku takkan mengajak
suamiku berpindah sekali sebab aku faham dia sangat serba salah dalam
hal ini.

Aku sudah melihat-lihat beberapa rumah di kawasan sekitar yang harganya
dalam kemampuan aku. Aku pernah berbincang hal ini dengan suamiku lama
dahulu, aku tahu dia akan mengizinkan tetapi dengan hati yang sangat berat.

Aku sedih melihat dia turut bersedih kerana kami akan tinggal berasingan
walaupun jarak rumah yang dekat, tetapi aku sendiri ada hati dan perasaan.

Aku benar-benar ingin memohon pendapat dan nasihat pembaca sekalian.
Terima kasih, doakan aku supaya diberikan kesabaran yang berterusan.

– Bukan Malaikat (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply