Tips Simpan Tepung Supaya Tahan Lama | Tepung gandum adalah bahan utama untuk membuat kek dan biskut. Malah untuk kuih muih juga. Tapi harus diingatkan bahawa sekiranya tepung tidak disimpan dengan baik, ia akan dihinggap kutu tepung. Jika disimpan dengan baik, kualiti tepung tersebut akan terjaga dan hidangan yang kita buat akan sedap.
Antara tipsnya adalah:
1. Simpan di tempat khusus
Jauhkan tepung gandum daripada bahan yang berbau menyengat dengan menyimpannya di tempat yang khusus. Pastikan tempat itu bersih dan kering. Sentiasa jaga kebersihan di tempat penyimpanan tepung bagi menjamin kesegaran tepung yang disimpan.
2. Simpan di tempat yang dingin
3. Jangan campurÂ
Masa nak simpan tepung gandum, hindari daripaa mencampur tepung yang baru dengan yang lama. Walaupun ia daripada jenis yang sama tapi lebih elok jika tepung ini tidak bercampur antara yang baru dengan yang lama. Tujuannya adalah untuk menjamin kesegaran tepung tersebut.
4. Letak label pada bekas simpanan
Jika anda menyimpan pelbagai jenis tepung, jangan lupa untuk letakkan label pada bekas simpanan. Perkara ini amat penting agar anda tak tersalah ambil jika nak menggunakan tepung sebab warna dan bentuk tepung kan lebih kurang sama dan ianya mudah tertukar. Jadi, penggunaan label pada setiap bekas adalah cara yang paling tepat sekali untuk mengurangkan risiko tersalah ambil.
5. Simpan di dalam peti sejuk
Untuk menyimpan tepung dalam jangka waktu yang lama, peti sejuk adalah pilihan yang paling tepat. Bukannya simpan terus di dalam peti sejuk. Ia untuk bunuh serangga dan kutu dalam tepung. Perkara ini perlu dilakukan sebelum anda nak gunakan tepung yang akan anda gunakan.
Mudah sahaja kan. Menjaga kebersihan kabinet untuk menyimpan tepung adalah penting. Tempat yang sentiasa bersih akan menjadikan tepung tahan lebih lama. Semoga bermanfaat.
Sumber: sinarplus