Tips Cuci Cermin Dengan Cara Yang Simple | KHALIFAH MEDAI NETWORKS : Mencuci cermin pintu, tingkap hinggalah di meja solek tentunya menjadi satu perkara yang remeh untuk dibuat kerana mungkin anda takut cermin akan calar atau berubah menjadi warna kelabu. Tambahan lagi, jika sental kuat-kuat takut pecah pucah. Agak leceh jika cermin tu besar pula.

cermin

Tepung jagung

Ambil setengah cawan tepung jagung dan bancuhkan dengan dua cawan air. Kemudian gunakan air tersebut sebagai bahan pencuci dan pengilatĀ  dengan cara lapkan bancuhan tersebut ke atas permukaan kaca atau cermin dengan menggunakan span.

Surat khabar lama

Ambil sekeping surat khabar lama dan basahkan terlebih dahulu dengan air. Kemudian gumpal surat khabar tersebut dan bolehlah terus dilap pada permukaannya.

Cuka

Isikan bekas penyembur dengan air dan sedikit cuka. Sembur padanya kemudian lap dengan menggunakan kain.

Ubat gigi

Ambil ubat gigi dan ratakan ubat gigi pada permukaan dan biarkan seketika. Kemudian apabila dah kering, lap bersih dengan kain dan kesannya cukup berkilau.

Putik kapas

Basahkan putik kapas telinga. Penggunaan item itu bertujuan untuk menghilangkan kesan kotoran degil yang melekat pada bahagian penjuru tingkap atau pintu .

Kotoran ini biasanya melekat di bahagian celahan penjuru cermin di mana ia sukar dibersihkan dengan kain atau kertas.

Selamat Mencuba!

Sumber: sinarplus

Share.

Leave A Reply