Kisah Seram di Taman Botani |Assalamualikum semua. Nama Aku Zara. Aku ini baru sahaja lepas SPM. sejak PKP ini pihak universiti aku hanya dibenarkan menjalankan kelas secara online jadi aku ada banyak masa luang untuk melakukan apa apa yang aku suka.
sedikit info tentang diri aku : Aku seorang atlet ketika bersekolah sehingga kini aku mengamalkan trainning walaupun aku bukan ahli kelab sukan di universiti . Disebabkan kerajaan sudah membenarkan orang ramai beriadah aku pun pergilah ke Taman Botani dihadapan rumah aku ini. Jaraknya kira kira dalam 500 meter sahaja dari rumah aku.
BERSENAM DI TAMAN BOTANI
Pada Hari Ahad lepas, Aku berhasrat untuk berjogging pada jam 3 petang tapi terlelap pula. bangun bangun sudah pukul 4 jadi aku cepat bergegas mandi dan solat asar sebelum pergi ke Taman Botani. Keadaan di Taman Botani itu amat lenggang dan aman. Hanya Terdapat 5 orang makcik yang sedang melakukan senamrobik dan sebuah keluarga yang sedang bermain di ruang permainan taman. Tanpa berlenggah aku pun mula melakukan stretching dan mula berjogging.
Aku berjogging sambil dengar lagu “Spring” oleh kumpulan kpop kegemaranku iaitu MCND. ketika asyik berjogging, salah seorang anak kecil dari keluarga tadi lari ke arahku. rupa rupanya bola mereka tersasar hingga ke trek jogging. Aku pun mengambil Bola tersebut dan memberikannya kepada anak kecil itu.
“Terima Kasih Akak!”
“Sama-sama! lain kali main elok elok tau tak mau tersasar lagi nanti akak pontianak yang ambikkan” balasku.
MENAKUTKAN
“Takpe kalau tersasar nanti kakak cantik belakang akak tu tolong ambikkan hihihi” ujar anak kecil itu dan dia terus beredar ke arah keluarganya. Reaksi keluarganya itu seperti ketakutan malahan ibunya memarahi anak kecil itu kerana pergi jumpa aku. Hairan aku dibuatnya. Aku pun terus berjogging seperti biasa.
Ketika sedang berjogging aku teringat apa anak kecil itu katakan dan aku terus terhenti kerana bila aku fikir balik Hanya aku seorang sahaja ditrek jogging mana mungkin ada orang lain. Aku pun terus menoleh belakang untuk mendapatkan kepastian dan seperti awal tadi memang tiada siapa disini selain aku. Siapa Akak Cantik yang Anak Kecil Itu katakan?
Disebabkan aku sudah berasa takut dan seram berada ditrek ini sorang sorang, aku terus pergi ke tempat 5 orang makcik itu lakukan senamrobik. setibanya aku disitu makcik makcik semua mengajak aku sertai mereka tetapi aku tolak pelawaan itu sebab yelah dah takut. Tiba tiba ada seorang aunty india ni datang kepada saya.
“sayang aunty nak you baca doa agama you. aunty tak kisah doa apa asalkan you baca sekarang”
BACA SURAH 3 QUL
Aku pun tanpa lengah bacalah surah 3 qul dan ayat krusi serta 10 ayat pertama surah Al-Khafi. Aunty itu macam baca aku tak tahulah doa ke mantera ke tapi lepas diahabis baca terus aku tidak rasa ketakutan. aku rasa tenang je. Aunty itu kata
“Sayang, You ada cakap benda benda tak elok ke pasal hantu?”
terus aku teringat apa yang aku katakan dekat anak kecil itu dan aku beritahu aunty itu bahawa Aku ada mention nama hantu terkenal di Malaysia. Kak ponti. Aunty itu terus nasihatkan aku suruh jaga mulut dan jangan mention nama hantu sebarangan. katanya lagi disebabkan dah 3 bulan PKP Taman Botani ini tiada pengunjung manusia maka pengunjung alam lain pula majoriti disini.
Aku akur dengan nasihat aunty itu dan terus pulang ke rumah. Tapi yang aku pelik bila aku pusing belakang tengok bilangan aunty yang sedang senamrobik ada 5 je dari tadi. Mana Aunty India yang tolong aku tadi tu? Eh kenapa aku seram sejuk pulak ini?
Perkongsian daripada Zara.
kredit: Kisah misteri