Shuk Terpalit Kontroversi Lain, Nafi Dakwaan Buat Lawak ‘Double Meaning’ Di Konti. | Selepas terpalit dengan kontroversi video mengaibkan aktres Raja Farah, pelawak dan pengacara Shuk Sahar terus-menerus menjadi tumpuan ramai.

Shuk Terpalit Kontroversi Lain, Nafi Dakwaan Buat Lawak ‘Double Meaning’ Di Konti.

Kali ini, Shuk didakwa ‘menggatal’ dengan seorang wanita yang menjadi tetamu jemputan ketika hadir ke konti radio pada tahun 2020.

Enggan mendiamkan diri, Shuk tampil berkomunikasi dengan wanita terbabit yang dikenali dengan nama Ayu Aziz. Menerusi akaun Instagram, Shuk menghantar kiriman mesej (DM) meminta penjelasan daripada wanita itu berkenaan dakwaan yang dilemparkan.

Pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar turut menafi dia mengenali dan pernah menemu bual wanita tersebut seperti yang didakwa.

Dalam pada itu, pelakon filem Adnan Sempit 2 menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan ‘panas’ itu .

“Takpe la awak. Dalam keadaan sekarang, memang yang akan nampak teruk saya. Macam ini la kalau saya benda ini fitnah atas saya, saya akan guna cara legal. Awak tunggu ja la surat saman dari saya. Saya tak tahu apa niat awak. Allah saja yang tahu kan.”

Sumber: Oh Bulan , Ayu Azizz

Share.

Leave A Reply