SOP Covid-19..Pasangan Pengantin Ini Nekad Kahwin Dalam Laut | Gara-gara mengelak dari majlis dihadiri orang ramai serta mengamalkan penjarakan fizikal yang ekstrim, pasangan pengantin ini terjun laut untuk nikah. Baca selanjutnya..

MAHU PENJARAKAN FIZIKAL

Chennai, India – Sepasang kekasih mengamalkan penjarakan fizikal secara ekstrim apabila mereka mengambil keputusan berkahwin kira-kira 18 meter di dalam laut.

kahwin dalam laut

Pasangan dari Chennai, Tamil Nadu itu, V. Chinnadurai dan S. Swetha berkahwin di perairan Neelankarai selepas pasukan sokongan mereka mengesahkan laut dalam keadaan tenang dan sesuai untuk penyelaman.

“Ia majlis tradisional, cuma berada di dalam laut. Kami menyelam pada awal pagi, menukar kalungan dan mengikat thaali sebelum pukul 7.30 pagi sebagaimana arahan daripada sami,” kata Chinnadurai.

Dia merupakan seorang penyelam skuba berlesen yang memiliki bertahun-tahun pengalaman, katanya kepada Times of India, lapor portal UPI.com.

Swetha berkata, dia mengambil kelas skuba sebulan sebelum perkahwinan mereka.

“Saya begitu gementar, begitu juga dengan ibu bapa tetapi kami mempunyai lapan penyelam lain bersama kami.

“Ia juga mengujakan kerana kami cuba bernikah sejak minggu lalu. Ia bergantung kepada laut,” katanya.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply