YAN – Sepasang suami isteri di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan di sini, terpaksa mencatu makanan dan adakalanya hanya makan sekali sehari bagi mengelakkan bekalan makanan hasil sumbangan jiran-jiran habis dengan cepat.

Lebih memilukan pasangan itu ada kalanya hanya menjadikan ikan belukang yang dipan­cing di anak sungai di hadapan rumah sebagai sumber protein kerana tidak mempunyai wang untuk membeli ikan di pasar.

Situasi itu dihadapi Ibrahim Ashari, 63, dan isterinya ­Ropishah Abdullah, 58, sejak beberapa bulan lalu bagi meneruskan kehidupan kerana tidak lagi dapat bekerja.

“Saya mempunyai dua anak lelaki dan tiga perempuan melalui perkahwinan pertama dan tidak mempunyai zuriat selepas berkahwin dengan Ropishah 11 tahun lalu,” kata Ibrahim ketika di temui di rumahnya semalam.

Menurut Ibrahim, kehidupannya dahulu tidaklah seteruk ini kerana pendapatannya sebagai nelayan yang mempunyai perahu dan peralatan memukat sendiri boleh menyara kehidupan.

“Kami mula dihimpit kesusahan selepas bot dan peralatan memukat dijual hingga saya hilang punca pendapatan.

“Sejak itu kami hidup susah dan hanya bergantung kepada belas ihsan jiran memberi beras dan bahan dapur untuk meneruskan hidup,” katanya.

Katanya, kehidupan semakin sukar selepas dirinya disahkan mengidap pe­nyakit diabetes dan tidak boleh bekerja berat kerana sering letih menyebabkan gagal menjelaskan bayaran bil eletrik yang telah mencecah RM 2,940.65 dan bil air sebanyak RM 440.

“Malang berterusan selepas menjalani pembedahan membuang kulit tumit ekoran terpijak kaca tiga bulan lalu.

“Saya juga tidak pernah mendapat sebarang bantuan walaupun pernah membuat permohonan sebelum ini,” katanya.

Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasio­nal (BSN) 0212-5290-0009-4730 atau menghubungi talian ­013-2672188.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Wanita OKU Minta Bantuan. SEBABNYA Buat Ramai Sayu..

Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) mental, yang mendakwa sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga, memohon bantuan mana-mana pihak untuk menyediakan rumah atau bilik pada harga murah kerana sudah tidak sanggup tinggal bersama suaminya.

Wanita OKU Minta Bantuan. SEBABNYA Buat Ramai Sayu..

Mangsa, 36, yang hanya ingin dikenali sebagai W, berkata dia berkenalan dengan suaminya, 40, melalui segmen kenalan di majalah dan berumah tangga pada 2014.

Katanya lagi, semuanya tidak seindah yang disangka apabila suaminya mula menunjukkan sisi gelapnya dua minggu selepas perkahwinan dengan perlakuan membuang dan mencampak barang di dalam rumah serta memukulnya.

Jelasnya, kini sedang mendapat bantuan bayaran sewa rumah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450… dia ingin keluar dari rumah ini serta memulakan hidup baru dan memohon bantuan orang ramai yang sudi menawarkan rumah atau bilik pada harga yang rendah kepada mereka.

Lebih memilukan, emak W yang berusia 62 tahun dan berkerusi roda selepas kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis turut menjadi mangsa dera apabila lelaki itu ingin melepaskan kemarahan.

Jelasnya, dia mencampakkan kerusi roda ke arah dia dan emak sehingga mendapat perhatian jiran… mereka kemudian menelefon ambulans dan membawa kami ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, dia tidak pernah membuat laporan polis sehinggalah jururawat yang merawat saya dan emak melakukannya kerana merasakan kami telah didera.

Wanita itu berkata, suaminya sudah tiga kali ditahan polis namun dibebaskan kerana tiada bukti kukuh dan lelaki itu kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak, Low Guo Nan, berkata isu itu perlu diberi keutamaan oleh semua pihak serta perlu segera dilaporkan agar tidak berlanjutan.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply