Suami Tergamak Bunuh Isteri Hamil,Buang Ke Longgokan Sampah | Lumrah bagi setiap pasangan yang menjalani rumah tangga untuk menghadapi masalah dalam perhubungan dan itu tergantung kepada kebijakkan pasangan untuk menyelesaikan masalah terbabit. Namun ia berbeza buat suami ini apabila ia tergamak membunuh isterinya sendiri yang sedang hamil lima bulan hanya kerana dendam yang masih tersimpan akibat daripada perlakuan isterinya yang pernah berlaku curang.
Seorang suami bertindak kejam dengan membunuh isterinya yang sedang hamil 5 bulan dalam satu kejadian di Surabaya, Indonesia. Malah, sebelum membunuh mangsa suspek yang berusia 27 tahun itu sempat membuat laporan palsu mengenai kehilangan isterinya kepada pihak polis daerah itu.
Suspek yang dikenali sebagai Jony Pranoto Kasum telah membuat laporan palsu terhadap kes pembunuhan isterinya, Putri Ima Camelia Sandy yang berusia 26 tahun. Suspek dikatakan bertindak sedemikian rupa kerana ia mencuba untuk mengelabui pihak berkuasa dan juga ahli keluarga isterinya.
Menerusi ujian air kencing yang dijalankan pihak berkuasa suspek juga disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan jenis syabu.
Motif suspek membunuh isterinya dipercayai akibat masih sakit hati dengan perlakuan isterinya yang pernah berlaku curang di belakangnya. Selain itu, suspek juga bertindak menyembunyikan mayat si isteri di dalam bilik mereka dan bahkan si suami masih tinggal dan tidur di dalam bilik yang sama dengan mangsa.
Sebelum insiden pembunuhan berlaku, jiran tetangga terdengar pergaduhan antara pasangan suami isteri ini dan suspek mengakui mereka sering bertengkar mengenai pergantian giliran untuk menjaga anak sulung mereka.
Setelah menyimpan mayat isterinya selama dua hari, si suami merancang membuang sampahnya di Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya dengan menggunakan tilam, tuala dan pakaian sebelum ke lokasi penemuan mayat.
Selepas itu, suspek membuat laporan polis berhubung kes kehilangan isteri sebelum pihak berkuasa membongkar rahsia disebalik laporan palsu itu. Malah, mayat isteri ditemui pihak berkuasa di Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya pada 22 April lalu.
Sumber: OhBulan!, Tribun News