Subuh Pertama Di Masjidil Haram Tanpa Penjarakan Fizikal

| October 17, 2021 | 0 Comments

Subuh Pertama Di Masjidil Haram Tanpa Penjarakan Fizikal | Dikhabarkan bahawa solat jemaah Subuh pada hari ini di Masjidil Haram di Makkah, telah berlangsung dengan kapasiti penuh jemaah dan tanpa penjarakan fizikal selepas Arab Saudi melonggarkan sekatan Covid-19, baru-baru ini.

Subuh Pertama Di Masjidil Haram Tanpa Penjarakan Fizikal

Subuh Pertama Di Masjidil Haram Tanpa Penjarakan Fizikal

Menurut Setiausaha Agung Hal Ehwal Masjidil Haram, Dr. Saad Mohamed Al-Muhaimid, persediaan dibuat untuk pengoperasian penuh masjid itu dan dalam masa sama memastikan keselamatan semua jemaah terjamin.

Walaubagaimanapun, beliau menyatakan bahawa jemaah tetap perlu memakai pelitup muka ketika mengunjungi masjid suci itu dan mendaftar bagi umrah dan solat menerusi aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna.

Sebelumnya, pekerja penyelenggaraan dilaporkan sudah mula menanggalkan pelekat jarak fizikal di lantai masjid, sekali gus menandakan berakhirnya fasa solat dengan jarak antara satu ke dua meter antara jemaah berikutan pandemik Covid-19.

Bermula hari ini, dilaporkan bahawa kerajaan telah menetapkan bahawa penjarakan fizikal bukan lagi mandatori dalam perhimpunan sosial atau di tempat awam di Arab Saudi, termasuk dalam pengangkutan awam dan di restoran, panggung wayang serta pusat beli belah.

Kelonggaran ini turut membabitkan pemakaian pelitup muka, yang mana ia tidak wajib kecuali di tempat tertentu termasuk dua masjid suci yakni, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *