Tak Payah Jaga Hati Orang Lain

| July 25, 2020 | 0 Comments

Tak Payah Jaga Hati Orang Lain | Percaya tak kalau aku kata nak hidup bahagia jangan jaga hati orang lain. Percaya tak? Dunia ni sebenarnya terlalu ramai manusia yang hipokrit dan selfish. Selfish bila mana orang je yang kena jaga hati dia dan dia tak peduli pun tentang hati orang lain. Sebab apa aku cakap macam ni, sebab dia takde apa yang orang lain ada jadi orang lain tak kena jaga hati dia atas sebab itu.

Mungkin tulisan aku ini akan lebih dikecam tapi aku cuma nak luah apa
yang aku rasa. Kalau aku tulis benda ni di wall FB aku, confirm ramai
yang melantun dan sentap.

Jadi di sini aku tulis secara general supaya kita sama-sama belajar dan
sedarlah, hidup di dunia ni bukan tentang diri kita semata-mata. Bukan!

Manusia ni level kebahagiaan dia tak sama. Tuhan tak bagi sama rata
nikmat-nikmat hidup ni pada setiap hambaNya. Tapi itu tak bermakna Tuhan
itu tak adil.

Tuhan itu Maha Adil cuma kita manusia ni kena sedar yang adil itu adalah
meletakkan sesuatu biar pada tempatnya, bukan semua wajib dapat
kesamarataan hidup.

Ada manusia Tuhan beri nikmat hidup bahagia dengan suami yang mithali
tapi kena uji dengan ketiadaan anak. Ada orang Tuhan beri anak-anak yang
soleh dan solehah, tapi diuji pula dengan suami yang tidak berguna.

Tuhan takkan bagi semua kat kita, akan ada kurang dan lebih dimana-mana.
Jadi berbahagialah dengan apa adanya.

Kadang-kadang kemajuan internet dihujung jari ini boleh jadi sesuatu
yang tak bagus tentang melibatkan apa yang orang kongsi. Terutamanya
melibatkan penggunaan media sosial.

Sebenarnya media sosial ni bagus bila melibatkan orang-orang cerdik
pandai yang guna, tapi bila melibatkan orang-orang yang emosi level
dewata ia jadi sesuatu yang agak b*****g.

Let say, kita ada anak yang comel dan kelahirannya sangat menggembirakan
hati kita dan suami. Kita kongsi kegembiraan kita di laman sosial, kita
war-warkan kelahiran anak kita untuk sahabat taulan saudara mara.

Tiba-tiba ada manusia yang Allah uji dengan ketiadaan cahaya mata pos
status sedih sebab dia tak ada anak.

Kita faham perasaan dan keinginan dia nak anak tapi dia kena tahu yang
dia tak berhak langsung membvnvh rasa bahagia orang lain atas sebab dia
tak ada apa yang orang lain ada.

Sama situasi bila orang yang Allah uji dengan hidup cukup makan, yang
hidupnya struggle nak besarkan anak-anak yang ramai dalam dunia yang
penuh mencabar ni.

Tapi bila mereka yang tak ada anak berkongsi mereka berjalan keliling
Europe, dia jadi sedih sebab dia tak mampu nak berjalan waima dalam
Malaysia sekalipun atas sebab kurang duit, anak ramai yang nak kena di
beri makan.

Di sini nampak kan dua situasi yang sebenarnya menggambarkan yang
manusia ni sama je. Sebab kau tak ada jadi kau tak boleh tunjuk dan kau
sedih. Kalau kau ada dan mampu, kau akan tunjuk juga. Situasi je
berbeza, keadaannya sama je.

Sebab apa, sebab tak boleh nak rasa bahagia untuk orang lain, cuma nak
rasa bahagia untuk diri sendiri je jadi kita dalam tak sedar jadi
manusia yang pentingkan diri sendiri.

Kita rasa orang wajib jaga hati kita sebab kita tak mampu, tapi kita tak
peduli pula nak jaga hati orang lain bila dalam situasi yang orang lain
mampu.

Jadi, kalau rasa tak mampu nak berbahagia atas nikmat orang lain, avoid
diri sendiri dari mengintai dan membelek kehidupan orang lain.

Sebab tu aku kata kalau nak bahagia, tak perlu jaga hati orang. Asyik
jaga hati orang, sampai Abang Jamil mampus kau sendiri takkan boleh rasa
bahagia.

Kau nak kongsi gambar pergi holiday, tapi kau takut orang yang tak mampu
pergi holiday bersedih.

Kau nak kongsi tentang kelahiran anak kau, tapi risau kawan-kawan kau
yang takde anak akan rasa sedih.

Kau nak kongsi gambar makanan sedap-sedap tapi kau risau kawan yang tak
mampu makan mewah rasa sedih.

Kau nak kongsi gambar ipar duai kau yang baik, risau pulak kawan yang
tak sebulu dengan ilar duai dia terasa.

Kau nak share kau dapat kerja bagus, takut pulak kawan yang tengah susah
cari kerja susah hati.

Kita nak tunjuk beli kereta baru, kesian pula kat orang yang tak ada kereta.

Kau nak tunjuk kejayaan anak kau dalam peperiksaan, risau pulak orang
sedih sebab anak mereka kurang berjaya.

Semua ini NONSENSE! Sampai bila-bila kau tak boleh kongsi kegembiraan
kau kalau asyik kena jaga hati orang lain.

See? Hidup ni kita takkan boleh puaskan hati semua orang di sekeliling
kita. Tak akan boleh. Kau tak boleh nak jaga hati orang sampai
mengabaikan kebahagiaan diri sendiri. Pokoknya kita masing-masing sama.
Sebab kita tak ada, kita tak boleh tunjuk.

Cuba bila kita ada, kita autom4tik akan tunjuk juga. Selfish-nya kita
bila kita boleh tayang kebahagiaan kita, tapi orang lain tak boleh
tayang kebahagiaan dia

Nak bahagia dalam hidup ni, kau sendiri yang kena rasa gembira ddan
bahagia dengan diri sendiri dulu. Dengan apa yang kau ada.

Kalau kau asyik tengok apa yang orang lain ada, kau takkan hargai
kebahagiaan kau sendiri. Kau akan asyik fikir tentang hidup orang lain
yang lebih bagus yang kau fikir.

Padahal normallah bila orang menunjukkan hal-hal yang membahagiakan,
takkan dia nak tunjuk time dia sengsara pula kat laman maya ni.

Hidup di dunia ni adalah tentang diri kita. Bukan tentang orang lain.
Orang lain, biarlah mereka bahagia dengan cara mereka. Kau bahagialah
dengan cara kau.

Tak perlu sentap dan terasa dan kita tak berhak langsung nak rasa sedih
atas kebahagiaan orang lain selagi orang tu tak merampas kebahagiaan kita.

– Kak Melah (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , ,

Category: DUNIA, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *