“Tak Perlu Sekat Ibadah Umrah, Tingkatkan Protokol Perjalanan”- Cadang Pakar | Tiada keperluan untuk kerajaan menyekat aktiviti umrah susulan majoriti kes positif COVID-19 varian Omicron disahkan dari Arab Saudi.

"Tak Perlu Sekat Ibadah Umrah, Tingkatkan Protokol Perjalanan"- Cadang Pakar

Sebaliknya, Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin berpandangan protokol perjalanan pengembara perlu diteliti semula.

Ujarnya, ia termasuk mengetatkan proses kuarantin seperti ditempatkan pengembara dari negara berisiko di pusat-pusat kuarantin.

Jelasnya lagi, mungkin kita boleh melihat kembali beberapa protokol perjalanan keluar masuk negara dan memberi perhatian serius terhadap varian Omicron ini.

Difahamkan, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) juga boleh memberi perhatian berkait penguatkuasaan kuarantin wajib.

Oleh itu, mana-mana individu yang memasuki negara, bukan sahaja melibatkan jemaah umrah, tetapi juga melibatkan pengembara yang masuk ke negara ini perlu dikuarantin wajib, cadang beliau lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata tempoh kuarantin tersebut boleh disenaraikan sekali dalam pakej umrah, selain ia dilihat lebih memudahkan jemaah sekali gus mengurangkan risiko kes ingkar SOP kuarantin.

Ia juga boleh dimasukkan dalam pakej umrah kerana apabila ia sudah dimasukkan dalam pakej umrah, ia tidak akan menjadi satu isu yang besar justeru tidak akan berlaku isu-isu sebelum ini di mana ada pengembara yang terlepas pandang, terlepas balik ke rumah.

Hal ini supaya tidak mahu orang ramai mengatakan bahawa aktiviti umrah menjadi punca Omicron meningkat kembali pada 2022.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply