Takut Isteri Jadi Pocong, Suami Minta Kubur Digali Semula

| July 26, 2021 | 0 Comments

Takut Isteri Jadi Pocong, Suami Minta Kubur Digali Semula | Baru seminggu disemadikan dan sering didatangi isteri dalam mimpi, lelaki nekad gali semula kubur isteri kerana takut isteri jadi pocong. Baca selanjutnya..

TERLUPA BUKA IKATAN KEPALA MAYAT

Jakarta – Kubur seorang wanita berusia 54 tahun terpaksa digali semula selepas keluarganya lupa melepaskan ikatan kepala mayat ketika mengebumikannya pada minggu lepas, lapor Solopos.com, baru-baru ini.

Permintaan menggali semula kubur itu dibuat oleh suami mendiang sendiri yang mendakwa dirinya sering didatangi isterinya di dalam mimpi yang meminta ikatan kepala dileraikan.

Menurut siasatan, WN ialah penjual makanan di Bogor, Jawa Barat dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua Hubungan Masyarakat Desa Bulusan, Kecamatan Karangdowo, Heri Purwoko mengesahkan kejadian itu dan memberitahu ketika proses pengebumian terdahulu, anggota pengebumian tidak membuka keranda yang tiba dari hospital.

“Ya, benar. Memang ada kubur salah seorang penduduk di sini digali semula kerana ikatan pocong atau ikatan di kepala lupa dileraikan.

“Namun proses ini tidak melibatkan petugas kesihatan kerana mangsa meninggal akibat serangan jantung dan bukan Covid-19,” kata Heri.

Tambah Heri, proses tersebut berjalan lancar dan mayat kembali dikebumikan sebaik sahaja ikatan kepala dileraikan. – Agensi

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *