Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai Di Cameron Highlands Akibat Hujan Lebat | Insiden tanah runtuh berlaku di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Cameron Highlands, di sini, lewat malam semalam akibat hujan lebat.

tanah runtuh

Banyak Kereta Terkandas

Sehingga jam 1.34 pagi tadi, banyak kenderaan yang melalui jalan itu terkandas.

Difahamkan, kejadian runtuhan tanah itu berlaku pada jam 11.25 malam tadi di lokasi yang pernah berlaku insiden sama sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air, dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata kejadian malam tadi disebabkan jumlah aliran air permukaan yang tinggi akibat hujan lebat yang menyebabkan sisa tanah runtuh dan menuruni ke bahagian jalan.

Katanya, ia berikutan cerun sedia ada yang mengalami runtuhan itu sedang dalam proses pembaikan susulan insiden tanah runtuh yang pernah berlaku di kawasan itu sebelum ini.

Tidak Ada Kerosakan Kereta

“Cerun sedia ada sedang dalam proses pembaikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, insiden itu jelasnya tidak mengakibatkan kerosakan kenderaan atau pengguna jalan raya.

Runtuhan itu yang pada mulanya menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan kini sudah dibuka kepada pengguna jalan raya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, dalam satu kenyataan berkata lokasi kejadian adalah tapak pembaikan cerun yang sedang dijalankan oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya,(JKR).

Tiada Kemalangan Jiwa

“Runtuhan tanah telah menutup permukaan jalan raya menyebabkan kenderaan dari kedua-dua arah tidak dapat melalui jalan itu. Tiada laporan kemalangan jiwa diterima dalam kejadian itu”, katanya.

Kira-kira jam 4.30 pagi tadi, jalan berkenaan kembali dibuka  kepada semua jenis kenderaan setelah kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan selesai dijalankan pihak kontraktor.

Sumber : BuletinTV3

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki Maut Tersepit, Treler Jatuh Gaung Sedalam 10 Meter

Lelaki Maut Tersepit, Treler Jatuh Gaung Sedalam 10 Meter | BENTONG – Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam treler muatan pasir yang terbabas ke dalam gaung setinggi kira-kira 10 meter di Kilometer (KM) 43 Lebuhraya Karak-Bukit Tinggi di sini pada Selasa.

Tersepit dalam treler muatan pasir

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Hasrul Abdul Halim, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 3.45 pagi.

“Seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama tiga buah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu menggunakan peralatan hidraulik dan tali,” kata beliau dalam kenyataan pada Selasa.

Ujar beliau, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6.44 pagi dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 

BACA JUGA :

Lelaki M4ut Tergelincir & Terjatuh Gaung Sedalam 20 Meter Di Genting Highlands

Lelaki M4ut Tergelincir & Terjatuh Gaung Sedalam 20 Meter Di Genting Highlands | KUANTAN: Seorang lelaki maut dipercayai akibat tergelincir sebelum, terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di KM 1 jalan naik ke Genting Highlands, Bentong hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Mohd Saufi Zakaria, berkata lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikatakan sedang melakukan pemantauan di lereng bukit bagi kerja pemasangan paip, sebelum tergelincir.

Beliau berkata, lapan anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.53 petang.

“Bomba menjumpai lelaki itu kira-kira 3.30 petang, sebelum menjalankan operasi menaikan mayat itu menggunakan tali dan alat pengusung yang mengambil masa lebih sejam,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi selesai jam 5 petang.

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply