Tentera Israel Dakwa Dibaling Bom Api, Tembak Remaja Palestin Sehingga Maut | Dikala umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut bulan Ramadhan yang mulia dalam keadaan selesa walaupun dunia masih dilanda Covid-19, lain ceritanya di Palestin selepas dilaporkan seorang remaja maut ditembak tentera ‘zionis’ di Ramallah, Tebing Barat, sini, baru-baru ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Said Youssef Muhammad Oudeh, 16, ditembak maut oleh seorang tentera Israel menggunakan peluru hidup berdekatan Odla di daerah Nablus dan dia didapati maut ditempat kejadian akibat luka dalam tembakan terbabit.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan, pasukan Bulan Sabit Merah Palestin telah menguruskan mayat remaja tersebut dengan sempurna selain remaja lain juga turut dilaporkan cedera parah akibat tembakan tersebut dan kini sedang dirawat di hsopital berdekatan.
Walau bagaimanapun, tentera israel memberi penjelasan bahawa remaja maut tersebut memulakan serangan terhadap mereka terlebih dahulu dengan membaling bom api ketika menjalankan operasi rutin berdekatan selatan Nablus. Tambah mereka, bagi menghentikan tindakan remaja tersebut, mereka telah melepaskan tembakan kepada beberapa orang remaja.
Tentera Israel melaporkan bahawa tiada anggotanya yang tercedera akibat serangan yang dilakukan dan kini sedang meningkatkan operasi bagi membanteras serangan-serangan tersebut dari terus berlaku. Mereka juga dikhabarkan sedang melakukan pemburuan secara besar-besaran di kawasan utara Tebing Barat bagi mengesan rakyat Palestin yang melepaskan tembakan serta mencederakan tiga rakyat Israel minggu lalu.
Sumber: Berita Harian