Bapa Beri Anak Hisap Vape Direman Selama 7 Hari

| May 5, 2021 | 0 Comments

Bapa Beri Anak Hisap Vape Direman Selama 7 Hari | Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Meskipun begitu cara tersebut tidak boleh terlalu keterlaluan seperti seorang bapa yang tular di media sosial sebelum ini kerana memberi anaknya menghisap rokok elektronik atau vape. Perbuatan bapa tersebut ternyata mengundang padah apabila ia dikritik netizen dan yang terbaru ia ditahan reman selama 7 hari atas perbuatannya itu.

Bapa Beri Anak Hisap Vape Direman Selama 7 Hari

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki yang merupakan bapa kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang diberikan rokok elektronik atau vape untuk dihisap.

Video dan gambar lelaki terbabit memberikan anaknya vape tular di laman sosial sebelum pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertindak membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pada jam 4.50 petang semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai JKM pergi ke sebuah kediaman di PPR Kampung Baru Air Panas, Jalan Usahawan off Jalan Genting Klang, Setapak, selepas mengesan kediaman kanak-kanak berkenaan.

Menurutnya, pihak JKM dan PDRM kemudian menyelamatkan kanak-kanak terbabit dan membawa bersama ibunya untuk pemeriksaan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum mereka ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut.

Arifai berkata, polis kemudian menahan bapa kanak-kanak itu yang berusia 23 tahun kerana dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan dan hasil siasatan awal kejadian tersebut berlaku pada 2 Mei lalu di Taman Sahabat Jaya di Batu Caves, Selangor.

Tambahnya, kejadian terbabit dirakam oleh ibu kanak-kanak terbabit namun yang memberikan vape tersebut adalah ayahnya.

Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akata Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu tular di media sosial mengenai video yang dimuat naik oleh seorang ibu yang menunjukkan dia memberi anaknya dipercayai berusia dua tahun menghisap rokok elektronik atau vape sehingga mengundang kemarahan netizen.

Klip video berdurasi 12 saat itu menunjukkan mangsa yang sedang menonton animasi kanak-kanak di telefon bimbit disuap dengan vape sebanyak dua kali dan pada sedutan yang kedua dapat dilihat mangsa mengalami kesukaran untuk bernafas.

Pada awalnya, ibu kepada kanak-kanak terbabit menegaskan bahawa ia bebas untuk memuat naik apa sahaja di laman sosial miliknya.

Namun, setelah mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, wanita terbabit meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan video itu dan memohon maaf kerana tidak sangka tindakannya memuat naik video itu mengundang persepsi tidak elok selain bimbang kejadian buruk berlaku kepada anaknya.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *