Terasa Hati Dengan Adik-Beradik

| July 22, 2020 | 1 Comment

Terasa Hati Dengan Adik-Beradik | Assalamualaikum pembaca sekalian. Harapnya confession aku disiarkan. Penulisan ini agak panjang. Ianya berkisar adik beradik.

Aku seorang isteri, dan ibu kepada 4 orang anak yang masih kecil. Sulung
8 tahun, 6 tahun, 5 tahun dan setahun. Punya adik beradik yang ramai.
Ditakdirkan aku tinggal di kl, bejauhan dengan keluarga dan mak ayah.
Jauh dari kampung halaman ibu di johor.

Ibu ayah ku masih ada. Alhamdulillah.. Walaupun sudah tua dan uzur.
Boleh lagi aku sentuh dan belai.. Ibu perlukan penjagaan rapi. Mandi,
disuapkan makanan. Semuanya kena uruskan. Kerana stroke. Ayah uzur cara
orang tua tapi masih boleh urus diri.

Di rumah ibu, ada 3 adik perempuan dan seorang abang tinggal bersama.
Salah seorang adik perempuan aku yang menjaga ibu tidak bekerja. Full
time duduk rumah.

Aku tidak bekerja. Suami bekerja. Gaji sederhana. Hidup di bandar
komitmen sangat tinggi. Kami berniaga sambilan untuk mencari duit
tambahan. Aku selalu niat, supaya aku dapat rezeki lebih dan tiap bulan
boleh balik kg tgk ibu ayah.

Syukur Allah makbulkan. Sekali sebulan aku balik kg. Sekali balik, aku
spend paling kurang RM1000. Biasanya untuk 4-7 hari di kg. Makan minum
segala benda kami belikan untuk rumah mak ayah.

Jika ada duit lebih, aku akan beli kan barang2 lain sebagai tambahan
untuk rumah mak ayah. Even rumah sendiri tak ada pun benda tu..

Orang lain termasuk adik beradik selalu nampak aku orang senang.
Adakala, time nak balik rumah aku, lepas isi minyak kereta full, duit
aku laki bini tak sampai RM50 pun tinggal. Haha.

Kami tinggal di kota. Jauh.. Tapi kami sentiasa tawakkal. Berniaga ni,
tup2 esoknya orang beli barang.. Tak putuslah rezeki.. Satu lagi, suami
aku tak berkira. Balik kg aku. Duit habis dia tak kisah pun.. Huhu.

Waktu di kg, aku luang masa di rumah sahaja sepenuhnya. Pagi2 lagi ke
pasar beli lauk dan barang dapur. Balik masak..

Kemudian ambil tugas mandikan ibu. Suapkan dia makan. Dengan urus anak
kecil yang masih menyusu badan. Memang penat berganda kat kg tapi aku
seronok.. Itu lah niat aku untuk balik kg.

Kenapa tak bawa ibu tinggal bersama?

Pertama sebab adik beradik dah ramai kat kg. Sedara mara dekat. Hanya
aku sorang je jauh.. Lagi senang ibu kat kg. Itu pandangan aku. Sakit
demam boleh sama2 tengok. Kat sini hanya ada keluarga kecilku.

Kedua, aku ni berniaga. Waktu tak tetap kat rumah. Ya, aku heret anak
sana sini bawa berniaga. Hantar barang customer sampai jam 1-2 pagi.
Bukan mudah.

Ibu dah sangat uzur. Takkan nak usung dia sana sini.. Mandikan dia pun
perluka kudrat dua orang. Tak mungkin la nak tinggalkan ibu sorang2 kat
rumah.

Tapi sekarang, aku tawar hati untuk balik kg lagi.. Dah bertahun aku
pendam rasa tak puas hati ni dengan adik beradik. Adik aku ni sangat
pengotor orangnya.

Ya betul aku terhutang budi dengannya kerana dia menjaga ibu aku.. Tapi
tu lah. Aku pun kusut. Dia bela kucing berbelas ekor terbiar bekeliaran
dalam rumah. Kucing berak. Tahi dan air kencing merata. Tilam aku tidur
pun bau hancing air kencing kucing.

Bayangkan kau balik jauh.. Perjalanan penat dan panjang. Sampai rumah,
masuk je rumah terus tangkap bau busuk.. Mood terus berubah.

Tak habis disitu, masuk bilik untuk rehat dan tidur, bau hancing ditilam
pulak. Sebab dia letak kucing dalam bilik tidur. So situlah kucing
kencing. Nak solat pun tak tau kat mana tempat bersih.

Dalam bilik air pula.. Bersepah pad dilonggokkan. Aku tak faham kenapa
perlu simpan benda kotor. Tin tin, botol kaca, berguni disimpannya.
Bilik air berkeladak. Sawang penuh di siling. Di dapur, bau hancing,
bulu kucing merata di pinggan mangkuk. Teruk.. Memang teruk.. Berdebu..

Aku pun tak tahu sikap malas dia dari mana dapat. Ibu masa sihat sangat
kemas dan bersih orangnya.. Jaga rumah.. Bila ibu sakit tak mampu buat
apa, kotor betul rumah ibu.. Aku sangat sedih..

Ayah? Ayah tak mampu buat apa dah. Dulu ada juga ayah tolong cuci tahi
kucing dan kencing kucing. Tapi sampai bila? Bukan sekali dua. Dah
bertahun lamanya.

Ruang tamu pula bersepah dengan kertas, plastik, kotak2.. Barang dari
pos mungkin. Lepas buka parcel, campak je ke lantai. Aku pernah cakap,
rumah sangat kotor. Dimarahnya aku balik.. Bermasam muka. Memang jenis
tak boleh tegur.

Salah sorang kakak pernah tegur lastly, gaduh la.. Susah.. Atas sofa
muntah kucing, bawah sofa tahi kucing. Karpet dengan bulu kucing. Habuk.
Bayangkan.. Ni bukan cerita dongeng..

Beli pinggan mahal, dipecahkan kucing. Dibiarkn berulat. Beli sofa,
dibiarkan kucing berak. Aku bagi tupperware mahal dijadikan bekas makan
kucing. Mungkin dia tak rasa penat lelah cari duit.. Sebab tu tak hargai
apa orang bagi.

Mesti ada yang fikir kenapa tak upah orang cuci rumah.. Pernah kakak aku
datang cuci rumah tapi dia meradang. Kakak aku yang sorang ni bagus..
Tapi dia marah2 balik kakak aku. Aku pernah bersuara nak upah orang cuci
rumah tapi dia tanya balik.. Nak cuci apa?

Mungkin dia dah sebati hidup dengan persekitaran kotor sampai tak dapat
beza dah. Bila aku balik, kami laki bini tolong kutip sampah buang.
Berguni2 sampah. Bulan depan pulak, berguni pulak. Letih…

Bila raya ke.. Contohya. Sama sama la plan nak buat itu ini. Juadah itu
ini. Aku suka meriahkan rumah ibu yang suram. Nak masak itu ini.. Kononnya.

Last sekali, A sampai Y, semua aku buat. Z je dia buat. Beli barang,
balik masak, cuci itu ini. Yela, rumah kotor. Nak buat mkn2 ni masalah
jugak lah. Nak kena bersihkan rumah besar besaran. Letih masak lagi.
Urus anak lagi. Letih sangat.. Adik aku? Bawang sebiji tak potong. Kakak?

Jangan harap langsung. Orang lain mesti nak raya rumah ibu.. Berkumpul.
Meriahkan rumah ibu ayah. Selagi ibu ayah masih ada. Tapi tidak adik
beradikku.. Tiba hari raya, datang la masing2 dok sejam dua.. Kemudian
blah.. Cepat2 nak pergi beraya rumah kawan. Aku kesian tengok ibu ayah aku.

Lagi satu, bila aku balik kg. Aku suka buat makan2. Masak lebih. Ajak
kakak2 datang mkn.. Nak eratkan silaturrahim.. Adik beradik lain semua
tinggal berdekatan. Satu kg. Ada yang kg sebelah je.

Biasa aku buat makan, hari last aku kat kg. Masak siap2, hidang.Tinggal
mkn je. Lepastu belah malam aku gerak balik rumah aku.

Next month aku balik kg, bekas makanan yang aku buat makan tu. Masih ada
atas meja tak berbasuh. Dah sampai berkulat. Periuk pun sama. Sakitnya
hati aku. Sedih pun ada…. Nak marah adik? Nak marah kakak? Entah.. Huhu.

Kakak2 aku pula.. Ada perangai masing2. Dan aku tahu sangta.. Yang
sorang tu bagus.. Selalu sediakan makanan untuk ibu dan ayah. Adik aku
jarang masak.

Kadang2 kakak masak bagi dia lauk yang dah siap. Kadang2 aku order
online lauk siap masak dan orang delivery ke rumah. Adakala aku order
lauk mentah.

Yang lagi 4 orang kakak aku tu out.. Kalau pergi rumah ibu.. Duduk
bersembang dan makan apa ada.. Kemudian balik.. Begitulah. Bukan tolong
jaga ibu pun.. Bila aku balik, lagi laju datang rumah. Sebab tahu aku
suka beli makanan untuk rumah ibu. Makan2.. Balik..

Pengotor teruk adik aku pun.. Dia lah yang jaga mak aku siang malam..
Kakak2 yang rumah licin berkilat tak ada pula tolong jagakan ibu sama
sama. Kalau dtg rmh ibu pun.. Dah petang atau malam.. Ibu dah kenyang,
siap2 nak tidur dah..

Bahagian aku? Aku balik juga setiap bulan jaga ibu.. Aku perlu cari
rezeki di bandar. Duit tu boleh tampung perbelanjaan dapur, bil rumah
ibu, pampers dll.. Ibu ayah bukan orang senang.. Cukup2 makan.. Jadi aku
kena kuat berusaha untuk tolong keluarga..

Walaupun jauh.. Aku cuba lengkapkan keperluan ibu ayah.. Makan, pakaian,
perubatan.. Aku simpan duit untuk itu.. Jika perlu bawa ibu berubat
ke,aku akan kirim duit extra pula untuk adik bila aku tak balik.. Aku
pun hulur duit untuk adik. Bila ibu demam ke, aku minta adik update kat
group wasap.

Tapi pandangan kakak2 aku. Aku ni pandai cakap saja.. Sebab jauh.Tak
jaga ibu. Itu dari sisi pandangan dia.. Dari segi duit, dorang yang dok
dekat pun jangan diharap. Ibu tak sihat tak bawa pun ke klinik. Masing2
takut duit habis.. Aku yang jauh ni balik angkat ibu bawa berubat..

Kalau ayah ajak pergi klinik, ayah siap bagi dorang duit. Kalau dengna
aku, sesen pun ayah tak keluarkan duit. Bukan dorang sengkek sangat
takde duit.

Tapi tu lah.. Time tunjuk emas. Bukan main masing2! Bila aku bawa ayah
pergi rawatan swasta, dorang anggap ayah yang keluarkan belanja sendiri.
Kelakar. Tapi aku diam je lah. Ayah pula kalau nak apa apa,mesti tunggu
aku balik. Huhu. Kesian ayah….

Ni dah hampir dua bulan lebih aku tak balik kg. Hati aku tawar.. Dulu
kalau balik kg je, mesti rasa tak sabar. Seronok. Tapi tidak sejak
sebulan dua ni. Dengan sikap adik beradik.. Pasal duit aku tak kisah.
Berhabis untuk keluarga..

Untuk adik..Aku tak membencimu.. Malah aku terhutang budi. Wang tak
mampu balas jasa baik mu menjaga ibu.. Aku sayang adik2.. Cuma aku tak
dapat terima tinggal dalam keadaan begitu.. Bukan aku sombong. Bertahun
dah aku bertahan tapi lama lama makan hati..

Kesian pada suami dan anak anak aku. Anak aku dua orang ada asthma.
Walau suami tak pernah merungut, tapi aku tahu dia pun tak selesa dengan
kekotoran itu.

Untuk kakak2 yang pentingkan diri.. Ingatlah jasa ibu.. Ibu pernah
menjaga anak2mu, makan minum kau, suami, dan anak2 pon ibu jaga dulu
waktu dia sihat. Waktu kau pantang ibu jaga kau siang malam dari anak
sorang sampai anak berderet. Aku tak sempat rasa semua tu dari ibu..

Sekarang ibu sakit, kau tak endahkan pun. Kau selfie sana sini makan
sana sini. Tapi tak ada nya nak tapau makanan untuk ibu ayah kau.

Jangan la berkira dengan ibu bapa.. Ayah demam pun tak endahkan. Kalau
bawa keklinik pun susah la. Berkali adik ajak baru datang nak ambil
ayah. Tak ada nak bawa jumpa doktor. Bila adik minta kau tengokkan ibu,
bermacam alasan bagi.

Abang? Abang aku baik. Dia dah banyak berkorban untuk aku dan keluarga
masa dulu.. Tolong ibu ayah cari duit lebih. Isu kotor tu, dia pun tak
boleh buat apa. Sebab benda tu hari hari adik aku amalkan. Tak habis.

Semua ni aku simpan dihati. Marah, geram, kecewa dan sedih.. Tawar
hati.. Ikhlas? Cukuplah Allah tahu.. Saat aku menulis ini, aku terlalu
rindu ibu ayah. Berkali mimpi ibu ayah. Aku dalam perancangan balik kg..
Untuk jumpa ibu ayah.

Bukan aku minta semua jadi sempurna.. Hiduplah dengan cara normal.
Kebersihan dijaga. Berbudi lah pada ibu ayah. Bukan untuk aku pun.. Tapi
untuk ibu ayah..

Pembaca budiman, doakan aku supaya ikhlas berhadapan situasi keluarga
sebegini.. Saat ni aku rasa rajuk sendiri.

– Lyn (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , , ,

Category: KELUARGA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. siti says:

    saya pun sama kak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *